Loading...

Jawapan Kenapa Tun M kini adalah PM M'sia PALING LEMAH sejak Merdeka

Loading...
Jawapan Kenapa Tun M kini adalah PM M'sia PALING LEMAH sejak Merdeka - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jawapan Kenapa Tun M kini adalah PM M'sia PALING LEMAH sejak Merdeka, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jawapan Kenapa Tun M kini adalah PM M'sia PALING LEMAH sejak Merdeka
link : Jawapan Kenapa Tun M kini adalah PM M'sia PALING LEMAH sejak Merdeka

Baca juga


Jawapan Kenapa Tun M kini adalah PM M'sia PALING LEMAH sejak Merdeka

*DR. MAHATHIR, PERDANA MENTERI PALING LEMAH SEMENJAK MERDEKA 1957*


Dr. Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk kali yang kedua pada 10 Mei 2018, selepas menang bergaya pada PRU ke-14.

Dr. Mahathir membentuk Kabinetnya beberapa minggu selepas itu.

Walaupun parti PPBM menang hanya 13 kerusi Parlimen, 4 Menteri dilantik dari PPBM.

Dr. Mahathir mengunakan formula 4 – 4 – 4 – 4, untuk melantik Menteri-Menteri Kabinet dari parti PPBM, PKR, DAP dan Amanah.

Walaupun jumlah kerusi jauh berbeza, keempat-empat parti mendapat jumlah Menteri yang sama iaitu 4 orang.

Bijak percaturan politik Dr. Mahathir. Kemudian, tiap-tiap parti ditambah lagi dengan 1 atau 2 lagi Menteri.

Kerajaan Pakatan Harapanpun mula beroperasi sebagai satu Kabinet. Kemudian ditambah pula dengan wakil dari Parti Warisan sebagai Menteri MITI dan 1 wakil NGO Hindraf sebagai Menteri yang menjaga portfolio Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri.

Lengkaplah Kabinet Dr. Mahathir, Kerajaan Pakatan Harapan yang pertama.

*PERDANA MENTERI PALING LEMAH DALAM 6 DEKAD INI:*

Dr. Mahathir kini jelas kelihatan sebagai Perdana Menteri paling lemah semenjak kemerdekaan negara kerana:

1. Kabinet PH ini seolah-olah tidak boleh dikawal oleh Dr. Mahathir. Semua Menteri menjalankan tugas masing-masing seperti tiada hala tuju (guideline) daripada Perdana Menteri (The Minister is like acting on their own).

Sebagai contoh, Dr. Mahathir kata, tiada lagi projek *direct nego*, semua projek kerajaan akan dibuka secara open tender.

Tetapi ada Kementerian, masih memberi projek Kerajaan secara direct-nego.

Kerana itu terlalu banyak keputusan dan dasar yang dibuat oleh Menteri terpaksa dibuat U-Turn, apabila seseorang Menteri membuat sesuatu dasar tidak memenuhi cita rasa PM atau Kabinet.

2. Kabinet PH ini dilantik, disusun dan dipilih oleh YAB Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

Tetapi nampaknya seolah-olah, Dr. Mahathir ada kuasa memilih dan melantik Menteri-Menteri tetapi *TIADA KUASA* untuk memecat atau melakukan *ROMBAKAN KABINET*, kerana ada 3 parti lain yang mempunyai kekuatan yang luar biasa di dalam Kabinet.

Dr. Mahathir seolah-olah hanya boleh merombak Ahli Jemaah Menteri dari parti dia sendiri iaitu PPBM.

Beranikah Dr. Mahathir merombak Kabinet dengan menggugurkan Anthony Loke, Kula atau Gobind Singh Deo, tanpa merujuk kepada *President’s Council*?

*JAWAPANNYA: TIDAK.*

Bagaimana sekiranya Anthony Loke, Kula dan Gobind Singh digugurkan daripada Kabinet dan DAP menarik diri daripada Gabungan PH?

Sudah tentu hancurlah Kerajaan PH ini.

Sesungguhnya Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri mempunyai kuasa dan prerogative (hak mutlak), untuk mencadangkan seseorang Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, dengan persetujuan daripada YDP Agong, tetapi Dr. Mahathir seolah-olah tiada kuasa serta keupayaan untuk memberhentikan sesiapapun dari menjadi Menteri kecuali dari partinya sendiri, PPBM.

3. Dr. Mahathir juga kelihatan seolah-olah tidak mempunyai kuasa penuh terhadap kelakuan Jemaah Menterinya.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara ini, seorang Menteri Kabinet (Syed Saddiq) menyarankan agar seorang Menteri Kabinet lain meletakkan jawatan (Waytha Moorty).

Ini menunjukkan seperti tiada *Ministrial Collective Responsibility*, (tanggungjawab bersama di dalam Kabinet).

Seorang Menteri tidak boleh secara public menyerang Menteri yang lain (A serious breach of Convention for a Minister to condemn another Minister publicly).

*A public attack on a Ministerial Colleague, is to challenge the authority of the Prime Minister.*

(Menyerang seorang Menteri lain secara terbuka oleh Menteri Kabinet, adalah seperti mencabar kuasa Perdana Menteri).

Pelik bin Ajaib Kabinet Dr. Mahathir ini.

Dr. Mahathir seperti sudah hilang kawalan (control), Ahli-Ahli Jemaah Menteri ini.

Kemungkinan juga perlu diperkenalkan *MINISTERIAL CODE* (Kod Etika Untuk Menteri-Menteri), berlandaskan kepada *Tanggungjawab Bersama di dalam Kabinet.*

Seperti kata-kata terkenal oleh P. Ramlee di dalam filemnya Labu-Labi, *“LANTAK KAU LA LABU.”*

*“APA PULAK NAK JADI LABI.”*

Sesungguhnya rakyat memberikan perhatian yang serious mengenai kecelaruan Kabinet Dr. Mahathir ini.

Salam.

*DSBA*

1Januari 2019

Baca berita selanjutnya di;
http://bit.ly/2U4fHa1


Thus Article Jawapan Kenapa Tun M kini adalah PM M'sia PALING LEMAH sejak Merdeka

Itulah artikel Jawapan Kenapa Tun M kini adalah PM M'sia PALING LEMAH sejak Merdeka Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jawapan Kenapa Tun M kini adalah PM M'sia PALING LEMAH sejak Merdeka dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/jawapan-kenapa-tun-m-kini-adalah-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jawapan Kenapa Tun M kini adalah PM M'sia PALING LEMAH sejak Merdeka"

Catat Ulasan

Loading...