Loading...

(Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming

Loading...
(Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk (Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : (Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming
link : (Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming

Baca juga


(Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming



Kisah November 2018

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan rasuah terhadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming seperti yang ditulis dalam blog ahli perniagaan, Koon Yew Yin pada 5 November lalu.

Peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, dalam tulisan bertajuk 'Bagaimana Nga Kor Ming membenarkan Menteri Besar Perak mengeluarkan Koon dari Majlis Penasihat' yang sudah dipadamkan tersebut, Yew Yin mengakui telah memberi sumbangan sebanyak RM300,000 kepada Kor Ming.

“Pemberian wang tersebut adalah sebagai balasan kepada janji Pakatan Harapan Perak untuk melantik Koon Yew sebagai penasihat ekonomi negeri Perak dan beliau kecewa apabila akhirnya tidak dilantik ke jawatan tersebut.

“Selepas memadamkan artikel terbabit, Yew Yin kemudiannya menulis artikel baharu bertajuk 'Permohonan maaf Koon kepada Nga Kor Ming' pada 6 November. Namun dalam tulisan baharu tersebut beliau tidak menafikan isi kandungan artikel pertama,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Khairul turut meminta suruhanjaya tersebut menyiasat Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu susulan artikel pada 2 November di blog yang sama bertajuk 'Sultan Perak tidak berhak menghalang pelantikan saya'.

Dalam artikel terbabit, Yew Yin turut mengaku menyumbang ratusan ribu ringgit kepada parti-parti dalam Pakatan Harapan sebagai balasan jawatan penasihat ekonomi negeri Perak yang dijanjikan kepadanya. - UTUSAN ONLINE


Thus Article (Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming

Itulah artikel (Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel (Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/benarkan-mereka-takut-sprm-digesa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "(Benarkan Mereka Takut?) SPRM digesa siasat Nga Kor Ming"

Catat Ulasan

Loading...