Loading...

(TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS

Loading...
(TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk (TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : (TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS
link : (TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS

Baca juga


(TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS

KUALA LUMPUR: MIC berikrar terus setia kepada Barisan Nasional (BN) dan bersetuju cadangan UMNO untuk memperkukuhkan kerjasama dengan PAS, kata Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran.
Speaker Dewan Negara berkata beliau yakin ‘perkahwinan’ dalam Pakatan Harapan (PH) tidak akan bertahan lama dengan usaha ‘mencuri’ Ahli Parlimen BN.
Katanya, usaha ‘mencuri’ Ahli Parlimen melalui tawaran dan rundingan pintu belakang menggambarkan seolah-olah tidak ada lagi ‘kepercayaan’ dalam kalangan parti komponen PH.
“Mereka (parti komponen PH) cuba menunjukkan ‘senjata’ (kuasa) menguasai lebih ramai Ahli Parlimen. Ada yang mengancam, ada yang menawarkan jawatan.
“Walau apa yang berlaku (lompat parti), MIC akan meneruskan perancangan kerjasama dengan BN dan PAS,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas senario semasa politik tanah air apabila ramai Ahli Parlimen UMNO keluar parti manakala, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, didesak meletak jawatan dalam masa 10 hari.
Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, ketika temubual eksklusif dengan NSTP, berkata 36 Ahli Parlimen BN sudah menandatangani surat sebagai tanda sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sejak sebulan lalu.
Katanya, ia membabitkan 33 wakil UMNO, dua dari MIC dan seorang dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Mengulas lanjut, Vigneswaran berkata kekecohan dan keadaan politik tanah air ketika ini menyebabkan rakyat bimbang dan risau.
“Walau apa yang berlaku, persepsi orang awam terhadap situasi politik tanah air sangat ‘mengecewakan’,” katanya. - BH  #CelahGelegar 


Thus Article (TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS

Itulah artikel (TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel (TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/terbaik-lah-mic-sedia-kerjasama-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "(TERBAIK LAH) MIC sedia kerjasama dengan PAS"

Catat Ulasan

Loading...