Loading...

Jawapan kepada setiap Soalan Puak Sokong ICERD

Loading...
Jawapan kepada setiap Soalan Puak Sokong ICERD - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jawapan kepada setiap Soalan Puak Sokong ICERD, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jawapan kepada setiap Soalan Puak Sokong ICERD
link : Jawapan kepada setiap Soalan Puak Sokong ICERD

Baca juga


Jawapan kepada setiap Soalan Puak Sokong ICERD


PERHIMPUNAN #DaulatHimpunan812 yang dianjurkan pada minggu lalu bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) berjaya memberi isyarat jelas mengenai penolakan sebahagian besar rakyat Malaysia terhadap konvensyen antarabangsa itu.Namun, di sebalik bantahan berkenaan masih banyak pihak terutamanya penyokong ICERD yang terus mempromosikan konvensyen antarabangsa tersebut.Kepada wartawan Mingguan Malaysia, SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH dan BADRUL HAFIZAN MAT ISA bersama jurugambar, AIZzUL A. MAJID, Pengasas Malaysian Lawyers Circle (MLC), Lukman Sheriff Alias berkata, penerangan yang berterusan mengenai implikasi meratifiasi ICERD terhadap Malaysia perlu dibuat supaya rakyat segenap lapisan dapat memahami bahawa isu tersebut sangat penting dalam usaha untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan daripada campur tangan asing. Ikuti wawancara.  
MINGGUAN MALAYSIA: Penyokong ICERD berhujah bahawa konvensyen itu menentang diskriminasi sama seperti yang dianjurkan dalam Islam, jadi kenapa perlu dibantah?
LUKMAN SHERIFF: Kita membantah ICERD sebab konvensyen itu dalam keadaan sedia ada bercanggah dengan kompromi Perlembagaan.
Sepatutnya dalam menentukan kompromi Perlembagaan tidak perlu ada campur tangan pihak asing kerana apabila konvensyen itu diratifikasi kita perlu membuat laporan kepada Jawatankuasa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (CERD), Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Semakan Berkala Sejagat ataupun Universal Periodic Review (UPR).
Kompromi perlembagaan kita, biarlah kita tentukan sendiri. Selain itu, kita membantah pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang mengatakan kerajaan akan meratifikasi ICERD pada suku pertama tahun hadapan kerana penetapan ratifikasi itu dibuat tanpa perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuklah rujukan kepada Majlis Raja-Raja.
Seharusnya amalan demokrasi memerlukan rundingan dengan semua pemegang taruh yang terkesan akibat mana-mana instrumen undang-undang.
Sejauh mana ICERD bercanggah dengan kompromi Perlembagaan?
LUKMAN SHERIFF: Dalam keadaan sedia ada, ICERD akan bercanggah bukan sahaja dengan Artikel 153 Perlembagaan (berkenaan keistimewaan bumiputera) tetapi juga Artikel 89 (Tanah Rizab Melayu); 8(5)(f) (Rejimen Askar Melayu); 8(5)(c) (hak Orang Asli) dan 161A (hak tanah bumiputera di Sabah dan Sarawak). Hujah yang dibangkitkan oleh penyokong ICERD ialah terdapat peruntukan di bawah Artikel 1(4) dan 22 ICERD yang membenarkan diskriminasi positif yang merangkumi peruntukan di atas tetapi ia salah dan tidak betul. Diskriminasi yang dibenarkan di bawah ICERD mempunyai syarat antara lain bahawa ia hendaklah dilupus dan dimansuhkan apabila objektif diskriminasi tersebut telah tercapai.Masalahnya apabila objektif Artikel 153, 89, 8(5)(f), 8(5)(c) dan 161A telah tercapai adakah peruntukan berkenaan perlu dimansuhkan? Sebenarnya tiada objektif termaktub di dalam Perlembagaan. Misalnya, bilakah Artikel 153 hendak dimansuhkan? Adakah apabila mencapai 30 peratus atau 60 peratus penguasaan ekonomi? Adakah juga ia bergantung kepada milikan saham di bursa atau pemilikan tanah atau perniagaan? Patutkah pegangan syarikat milik (GLC) diambil kira? Semua ini tidak jelas. Lagipun, bukankah objektif sebegini bercanggah dengan Artikel 159 yang memperuntukkan bahawa Majlis Raja-Raja mempunyai budi bicara penuh sama ada hendak meminda atau tidak Artikel 153? Majlis Raja-Raja tidak seharusnya terikat dengan mana-mana objektif yang tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan.Sama juga dengan tanah rizab Melayu dan bumiputera serta Rejimen Askar Melayu. Adakah termaktub dalam mana-mana objektif peruntukan tersebut? Tiada langsung, maka dengan itu pengecualian untuk diskriminasi positif di bawah peruntukan ICERD seperti dihujahkan penyokong ICERD tidak terpakai.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi contoh bahawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah orang Melayu yang beragama Islam supaya orang ramai tidak perlu risau mengenai ratifikasi ICERD, adakah dengan menggunakan hujah ini cukup untuk menghilangkan keresahan semua pihak?
LUKMAN SHERIFF: Bagi saya itu hanya hujah politik dan tidak relevan langsung. Persoalan utama sekarang adakah meratifikasi ICERD bercanggah dengan Perlembagaan? Jika bercanggah kita sebagai rakyat Malaysia perlu berpegang kepada keluhuran Perlembagaan.Penyokong ICERD selalu berhujah meratifikasi ICERD tidak memberi kesan kepada Perlembagaan yang memerlukan pindaan dua pertiga. Sebenarnya kenyataan itu tidak jujur kerana Akta Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ditubuhkan di bawah peruntukan 153 misalnya, hanya memerlukan majoriti mudah untuk dimansuhkan. Jika ICERD diratifikasi undang-undang seperti akta itu dan berkenaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) perlu dimansuhkan atau dipinda atau Malaysia boleh dirujuk ke peringkat antarabangsa.
Isu meratifikasi ICERD dilihat bercanggah dengan Perlembagaan bagaimana pula dengan kontrak sosial, adakah bakal memberi kesan terhadap amalan sekarang?
LUKMAN SHERIFF: Jika kerajaan meratifikasi ICERD segala bentuk undang-undang diskriminasi perlu dihapuskan seperti Akta UiTM dan akta berkenaan Mara. Saya berpendapat sekolah vernakular juga bercanggah dengan ICERD. Disebabkan di Malaysia wujud kompromi Perlembagaan dan sosial berkaitan kaum adalah lebih baik semua pihak duduk berbincang bagi memahami implikasi ICERD. Jangan terus menggelar pihak yang membantah ICERD dengan pelbagai fitnah seperti rasis dan bodoh Perlembagaan. Ini tidak betul, kita menerangkan mengenai implikasinya kepada masyarakat.
Korea Utara dan Myanmar antara negara yang tidak meratifikasi ICERD, adakah Malaysia perlu bimbang jika dilihat sebaris dengan negara itu, berkaitan hak asasi manusia?
LUKMAN SHERIFF: Hujah itu tidak jujur dan dusta. Kalau begitu kenapa mereka tidak bandingkan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) dalam hal konvensyen hak asasi manusia. Secara keseluruhan terdapat 18 konvensyen utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan hak asasi manusia (HAM). Malaysia sudah meratifikasi lima konvensyen dan tahukah berapa konvensyen HAM yang AS sudah meratifikasi? Lima juga, kalau kita belum meratifikasi ICERD, AS belum meratifikasi Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW). Saudara tahu berapa negara yang belum meratifikasi CEDAW? Kalau ICERD 16 atau 15, untuk CEDAW hanya lapan negara sahaja yang belum meratifikasinya. Korea Utara dan Myanmar dan negara Arab pun sudah meratifikasinya.Jadi kenapa tiada yang bising terutamanya media di sana dengan tuduhan seperti itu? Sebenarnya orang luar tidak berapa kisah pun berapa banyak konvensyen negara lain sudah meratifikasi.Prinsipnya begini, kita memasuki konvensyen bukan sebab negara lain telah meratifikasinya tetapi jika ia bertepatan dengan kehendak dan kepentingan negara.
Sekiranya Malaysia meratifikasi ICERD bolehkah kita u-turn?
LUKMAN SHERIFF: Boleh berpatah balik tetapi sebagai sebuah negara berdaulat dan dihormati kalau kita sudah meratifikasi ICERD dan kemudian mahu keluar, Malaysia akan dicemuh oleh negara antarabangsa. Perkara ini jika berlaku akan memalukan lagi. Jadi sebelum berlaku adalah lebih baik semua pihak berbincang bagi mencapai satu kompromi mengikut acuan Malaysia.
#DaulatHimpunan812 minggu lalu, dilihat berjaya menyatupadukan penyokong yang membantah ICERD, bagaimanapun terdapat pihak mendakwa perhimpunan itu berunsurkan perkauman, adakah benar dakwaan itu?
LUKMAN SHERIFF: Bagi saya itu perhimpunan berunsurkan perkauman tidak tepat kerana ramai yang turun pada Sabtu lalu ialah mereka yang mahu mempertahankan Perlembagaan. Malah, peserta-peserta juga terdiri daripada pelbagai kelompok masyarakat.
Adakah perhimpunan tersebut akan diteruskan lagi selepas kejayaan perhimpunan lalu?
LUKMAN SHERIFF: Sekarang terdapat laporan dalam media-media berbahasa Inggeris yang giat mempromosikan kenapa masyarakat perlu menyokong ICERD. Bagaimanapun, laporan mengenai bantahan sebahagian besar masyarakat tidak disiarkan. Malah, mereka menganggap kita bodoh, rasis dan tiada asas untuk bantah ICERD. Disebabkan itu, perlu penerangan lanjut menjawab mengapa kita bantah ICERD. Kita berpegang kepada keluhuran Perlembagaan dan percaya jika mereka dimaklumkan, mereka akan faham kenapa ia perlu dibantah. - UTUSAN ONLINE#CelahGelegar 


Thus Article Jawapan kepada setiap Soalan Puak Sokong ICERD

Itulah artikel Jawapan kepada setiap Soalan Puak Sokong ICERD Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jawapan kepada setiap Soalan Puak Sokong ICERD dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/jawapan-kepada-setiap-soalan-puak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jawapan kepada setiap Soalan Puak Sokong ICERD"

Catat Ulasan

Loading...