Loading...

Sukar Untuk PH Raih Sokongan Melayu Selepas Himpunan Bantah ICERD – Sin Chew Daily

Loading...
Sukar Untuk PH Raih Sokongan Melayu Selepas Himpunan Bantah ICERD – Sin Chew Daily - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sukar Untuk PH Raih Sokongan Melayu Selepas Himpunan Bantah ICERD – Sin Chew Daily, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sukar Untuk PH Raih Sokongan Melayu Selepas Himpunan Bantah ICERD – Sin Chew Daily
link : Sukar Untuk PH Raih Sokongan Melayu Selepas Himpunan Bantah ICERD – Sin Chew Daily

Baca juga


Sukar Untuk PH Raih Sokongan Melayu Selepas Himpunan Bantah ICERD – Sin Chew Daily




Tay Tian Yan ( 郑丁贤 ), seorang penulis kolum isu semasa dan juga penolong editor Sin Chew Daily ( 星洲日报 ) menulis rencana bertajuk “Selepas perhimpunan besar” (大集会之后) sehari selepas perhimpunan bantah ICERD pada 8/12/2018 yang lalu
Ikutilah terjemahan saya dari rencana ini untuk tatapan semua. – Hisemudin Kasim

SELEPAS PERHIMPUNAN BESAR
Hari Sabtu, Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan suasana yang amat meruncing.
Dari Pasar Seni ke Dataran Merdeka , ribuan manusia bersesak-sesak memenuhi ruang dalam bantahan ICERD. Hanya jalan yang bertentangan dengan jalan besar iaitu Jalan Petaling hampir kesemua kedai-kedai menutup pintu perniagaan mereka. Suasana lengang dengan ketiadaan pejalan kaki.
Kedua-duanya dalam Kuala Lumpur, menampakkan dua suasana yang amat berlainan. Sama-sama dalam Malaysia, semacam berada dalam dua dunia yang berbeza.
Ahmad Zahid dan Hadi Awang boleh dengan megah mengumumkan yang mereka telah mencapai matlamat iaitu Melayu Islam telah bersatu kembali.
Walaupun perhimpunan ini dipenuhi dengan elemen kaum dan ugama, ia juga bertepatan dengan agenda UMNO dan PAS, namun ia telah berjaya membangkitkan perasaan sebegitu ramai umat Melayu Islam.
Sesungguhnya, ada atau tidaknya ratifikasi ICERD bukanlah perkara utama yang mana janin ICERD telahpun mati di dalam perut. Pakatan Harapan telahpun mengatakan tidak meratifikasikan ICERD.
Hanya menggunakan ICERD sebagai sumbu untuk membakar semangat masyarakat Melayu dengan ketidakpuasan hati dan kegelisahan mereka selepas PRU 14. Juga mencari ketetapan bagi golongan ini sebagai peneraju dalam bumi bertuah ini.
Di belakang bantahan ICERD, juga menampakkan lantonan puak kanan konservatif Melayu terhadap kerajaan Pakatan Harapan. Walaupun Pakatan Harapan telah memenangi PRU tetapi sokongan daripada masyarakat Melayu hanyalah sekitar 17% hingga 25% sahaja.
Dalam konteks pemikiran masyarakat Melayu masih lagi dikuasai oleh sifat perkauman yang ditunjangi oleh UMNO dan sifat keugamaan Islam yang dipelopori oleh PAS.
Setelah jalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka dibanjiri dengan sebegitu ramai, bilangan sebenarnya masih lagi satu angka yang abstrak. UMNO dan PAS boleh mengaku yang mereka adalah mewakili kekuatan umat Melayu Islam, di masa akan datang akan menguasai kuasa mereka yang berbahasa Melayu.
Apabila UMNO, PAS dan NGO telah mencapai kesepakatan yang matang nanti, ia semakin boleh menggunakan kekuatan ummah termasuklah untuk kuasa berdemonstrasi bagi menonjolkan kekuatan mereka. Seterusnya menggoncang asas-asas kerajaan Pakatan Harapan.
Bagi masyarakat bukan Melayu, perhimpunan bantahan ICERD mendatangkan satu persoalan dan kegelisahan serta satu penafian untuk mengelakkan diri.
Dalam komentar oleh ramai pelayar internet kaum Cina menganggap perhimpunan ini sebagai bahan jenaka yang menjengkelkan serta menggunakan ayat-ayat serangan kasar, sehinggakan membuta-tuli untuk menafikan kebenarannya. Mereka tidak dapat memahami mengapa perhimpunan itu boleh menarik sebegitu ramai orang, malah masih bertegas mengatakan yang gambar-gambar serta video yang dipaparkan telah diedit.
Hasil daripada PRU kita mengharapkan akan berada dalam suasana yang amat baik dan menganggap setelah Pakatan Harapan menerajui kerajaan maka masalah Malayasia bermula dari isu rasuah, perkauman sehinggalah hal-hal ugama akan berakhir dengan sendirinya. Dengan itu kita akan memulakan satu penghidupan laksana hidup dalam kerajaan dongeng.
Namun sesungguhnya, mereka hidup dalam dunia yang dirangka sendiri dan tidak tahu bahawa sesuatu itu telah dirancang muslihatnya dan perangkap berada di mana-mana.
Yang disebut sebagai “Malaysia Baru” hanyalah satu ilusi, bukan satu kenyataan. Jarak pandangan setiap kaum bukannya semakin mengecil tetapi semakin melebar.
Bagi kerajaan Pakatan Harapan yang baru memerintah lebih setengah tahun dengan prestasi yang hambar dan perebutan kuasa dalaman. Dengan kekurangan kerjasama dalaman yang menyebabkan hari ini ia menerima hasil yang terburuk.
Dengan mendakwa Najib, Rosmah, Ahmad Zahid dan lain-lain pemimpin terdahulu sememangnya bertujuan untuk mengubah kepada corak yang betul, namun ia bukanlah kesemuanya kewajiban kerajaan untuk berbuat demikian. Ia bukanlah seharusnya digunakan untuk jangka panjang.
Hal-hal yang bersangkutan dengan rasuah biarlah disiasat dan diadili oleh pihak SPRM dan mahkamah, janganlah digunakan sebagai modal politik yang tanpa penghujungnya. Terutamanya bagi masyarakat akar umbi Melayu ia telah melahirkan kebosanan yang membuak-buak.
Dalam hal-hal ekonomi dan kehidupan rakyat, polisi Pakatan Harapan didapati masih tidak terurus. Bermula dari masalah harga komoditi utama yang semakin rendah, pelaburan tidak berkembang dan pasaran statik yang sehingga kini masih belum nampak apa-apa perancangan menanganinya.
Dalam setengah tahun ini, perkara yang menjadi tumpuan kepada Pakatan Harapan ialah pelbagai bentuk U-Turn.
Seorang demi seorang menteri membuat kenyataan yang semborono. Cerita mengenai kereta nasional ke 3 dan jambatan bengkok. Konflik perebutan kuasa antara Mahathir dan Anwar. Persengketaan dalam PKR yang tidak berkesudahan. DAP yang berkiblat kepada “kepala Ma” (yang dimaksudkan Ma ialah Mahathir) dan pelbagai masalah masyarakat Cina yang dipandang dingin.
Jikapun nak ratifikasi ICERD tetapi tersilap perkiraan dan tak tahu bagaimana untuk menanganinya. Kerajaan sebelum ini tidakpun membuat penjelasan dan menggerakkan aktiviti muhibah antara kaum dan penerimaan toleransi ugama, dengan tiba-tiba muncul dengan idea ratifikasi ICERD. Maka dengan itulah menyebabkan berlakunya gelombang penentangan ini.
Selepas perhimpunan besar ini, kepercayaan umum terhadap Pakatan Harapan jatuh menggelunsur. Kemampuan untuk memerintah menjadi tanda-tanya. Untuk mendapatkan sokongan dari masyarakat Melayu semakin sukar.
Namun dengan peristiwa ini, ia boleh dijadikan satu pengajaran.
.
Diterjemahkan oleh :
Hisemudin Kasim
5:30pm, 12/10/2018
- suara.tv


Thus Article Sukar Untuk PH Raih Sokongan Melayu Selepas Himpunan Bantah ICERD – Sin Chew Daily

Itulah artikel Sukar Untuk PH Raih Sokongan Melayu Selepas Himpunan Bantah ICERD – Sin Chew Daily Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sukar Untuk PH Raih Sokongan Melayu Selepas Himpunan Bantah ICERD – Sin Chew Daily dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/sukar-untuk-ph-raih-sokongan-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sukar Untuk PH Raih Sokongan Melayu Selepas Himpunan Bantah ICERD – Sin Chew Daily"

Catat Ulasan

Loading...