Loading...
Tajuk : Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat!
link : Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat!
Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat!
Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat! | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya ini menu throwback. Kalau tak salah, cikla buat laksa ni minggu lepas kot. Bukan apa, hari-hari makan nasi, kadang-kadang macam jemu juga. Sesekali tukar selera best juga kan.
Laksa sememangnya menjadi menu kegemaran cikla sekeluarga. Nak buatnya pun tak susah mana pun. Senang je. Bahan pun tak susah nak sediakan. Jom cikla nak tunjuk masak laksa cara cikla. Tapi, resepi ni cikla dapat dari mak. Kira resepi maklah ni...
Resepi laksa senang dan sedap.
Bahan-bahannya :
1 peket laksa (dicelur dalam air panas nak ketepikan.
1 kilo ikan sardin.
1 kilo ikan kembung.
Daun kesum.
Asam keping.
Garam dan perasa jika perlu.
Bahan kisar :
Segenggam cili kering. Kalau nak pedas, lebihkan.
1 labu bawang besar.
4 ulas bawang putih.
1 kuntum bunga bunga kantan.
Bahan hiasan :
Timun jepun (potong panjang).
Telur rebus (belah empat).
Cili merah (hiris).
Limau nipis (belah dua).
Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat! |
Caranya :
Ikan dibersihkan, buang isi perut je. Cuci dan rebus ikan sehingga empuk. Keluarkan ikan dari periuk, kemudian asingkan isi ika dari tulang dan kepala. Masukkan isi ikan dalam blender. Susu tulang dan kepala ikan tu jangan buang. Ada gunanya.
Selepas dah siap asingkan isi ikan itu, masukkan cili kering, bawang besar, bawang putih dan bunga kantan ke dalam blender yang berisi isi ikan tadi. Masukkan air rebusan ikan tadi ke dalam blender. Korang agak-agak sendirilah air tu. Asalkan blender boleh pusing nanti, oklah tu. Tambahkan asam keeping secukupnya.
Blender isi ikan bersama bahan lain tadi sampai lumat. Kemudian, masukkan bahan yang dah sebati itu ke dalam blender.
Haa, sis tulang dengan kepala ikan tadi korang masukkan pula ke dalam blender bersama sedikit air. Kemudian, blend sampai hancur. Selepas itu, keluarkan sisa tulang yang telah siap di blend, dan tapi untuk ambil airnya. Airnya itu korang campur dalam periuk berisi hasil blender tadi.
Tambahkan air dan korang agak-agaklah kuahnya nak banyak mana. Biarkan kuah mendidih. Bila kuah mula mendidih, masukkan daun kesum bersama garam secukupnya. Sesuaikan rasa, dan biarkan kuah masak.
Cadangan hidangan :
Masukkan sedikit laksa yang telah ditoskan tadi ke dalam mangkuk. Kemudian, letakkan di atasnya sedikit hirisan cili merah, telur rebus, timun jepun dan limau nipis. Last, curahkan kuah laksa yang pekat ke atasnya. Emmm, sedapnya. Marvellous!
So, kita close up lagi. Ini diaaa....
Thus Article Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat!
Itulah artikel Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/jom-buat-laksa-sendiri-tak-payah-beli.html
0 Response to "Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat!"
Catat Ulasan