Loading...
Tajuk : Rakyat perlu tahu sejarah pembentukan 'kontrak sosial' titah Sultan Selangor
link : Rakyat perlu tahu sejarah pembentukan 'kontrak sosial' titah Sultan Selangor
Rakyat perlu tahu sejarah pembentukan 'kontrak sosial' titah Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan, rakyat tidak boleh sama sekali melupakan asal-usul dan melihat kepada detik sejarah pembentukan negara ini.
"Rakyat di negara ini perlu tahu sejarah pembentukan 'kontrak sosial' iaitu satu bentuk persetujuan dan persefahaman antara pelbagai kaum di negara ini semasa negara kita mencapai kemerdekaan.
"Persefahaman yang dicapai ini adalah meliputi pelbagai aspek sosio-ekonomi dan taraf kerakyatan bagi pelbagai kaum di negara ini.
"Persetujuan melalui kontrak sosial ini kemudiannya menjadi teras dan elemen penting yang tercatat di dalam Perlembagaan Persekutuan," titah baginda.
Titah baginda, sesuatu pandangan yang ingin diberikan perlu dilakukan secara berhemah dan berperaturan tanpa perlu mempersoalkan apa yang telah dipersetujui dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Baginda bertitah, bagi membina sebuah negara ia memakan masa yang lama untuk dibentuk namun, boleh musnah dan hancur di dalam sekelip mata sahaja sekiranya tidak berhati-hati dan bermusuhan antara satu sama lain.
- K! ONLINE #CelahGelegar
Thus Article Rakyat perlu tahu sejarah pembentukan 'kontrak sosial' titah Sultan Selangor
Itulah artikel Rakyat perlu tahu sejarah pembentukan 'kontrak sosial' titah Sultan Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Rakyat perlu tahu sejarah pembentukan 'kontrak sosial' titah Sultan Selangor dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/rakyat-perlu-tahu-sejarah-pembentukan.html
0 Response to "Rakyat perlu tahu sejarah pembentukan 'kontrak sosial' titah Sultan Selangor"
Catat Ulasan