Loading...

Safawi belum puas hati

Loading...
Safawi belum puas hati - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Safawi belum puas hati, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Safawi belum puas hati
link : Safawi belum puas hati

Baca juga


Safawi belum puas hati



                       BERNAMA
 
PENYERANG skuad Bawah 22 negara Safawi Rasid masih belum berpuas hati dengan persembahannya walaupun menyumbang satu gol ketika Malaysia menang tipis 2-1 ke atas Brunei pada aksi pembukaan bola sepak Kumpulan A Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Pemain Johor Darul Ta’zim itu yang menjaringkan gol pembukaan untuk skuad negara menegaskan masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya dalam memperkemaskan sentuhan penyudah di depan pintu gol lawan.

“Persembahan saya memang kurang bagus kerana kerap hilang bola ketika cuba menyerang kubu Brunei dan saya perlu perbaiki kelemahan itu sebelum turun menentang Singapura, Rabu ini.

“Saya akui ada banyak peluang untuk menjaringkan gol pada perlawanan menentang Brunei tapi mungkin tiada rezeki untuk saya menambah lebih banyak gol,” kata Safawi.

Berkongsi pandangan sama seorang lagi penyerang muda negara Syafiq Ahmad yang mengakui jentera serangan skuad negara agak terburu-buru ketika melakukan percubaan ke pintu gol Brunei.

“Sentuhan penyudah pasukan kita agak kurang sikit pada perlawanan ini tapi ada sedikit peningkatan berbanding persembahan terdahulu ketika kami menyertai pusingan kelayakan B-23 di Bangkok, baru-baru ini.

“Kami tidak ambil mudah pertemuan malam ini, cuma mungkin disebabkan kami beraksi di laman sendiri, maka setiap pemain begitu teruja untuk melakukan serangan ke pintu gol Brunei dan ia boleh dijadikan sebagai satu pengajaran untuk perlawanan selepas ini,” tegas penyerang skuad Liga Super Kedah itu.

Pada aksi itu, Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi sepakan voli Safawi sebelum Zulkhairy Hady Razali menyamakan kedudukan buat Brunei lapan minit kemudian.

Adam Nor Azlin muncul wira skuad muda negara selepas menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-60 hasil sepakan sudut Safawi.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2017 @ 12:35 PM


Thus Article Safawi belum puas hati

Itulah artikel Safawi belum puas hati Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Safawi belum puas hati dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/safawi-belum-puas-hati.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Safawi belum puas hati"

Catat Ulasan

Loading...