Loading...
Tajuk : Najib dakwa PH berlengah turunkan harga minyak
link : Najib dakwa PH berlengah turunkan harga minyak
Najib dakwa PH berlengah turunkan harga minyak
Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) melengahkan langkah mengurangkan harga minyak, walaupun harga minyak mentah dunia susut secara berterusan baru-baru ini.
“Inilah peluang untuk kerajaan PH melunaskan janji mereka. Mereka janji kalau hari ini menang, esok harga minyak akan turun kepada RM1.50 seliter.
“Tetapi, mereka mengambil langkah melengah-lengahkan pengurangan harga minyak sehingga isu ini telah dibawa oleh saya dan beberapa pihak lain, barulah 1 Januari ini mereka akan apungkan harga minyak,” kata bekas perdana menteri itu dalam ucapan tahun baru yang disiarkan secara langsung di Facebook hari ini.
Isnin lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan kaedah penetapan harga minyak bulanan di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) akan digantikan formula mingguan disebabkan penurunan harga minyak mentah dunia secara berterusan kebelakangan ini. - FMT #CelahGelegar
Thus Article Najib dakwa PH berlengah turunkan harga minyak
Itulah artikel Najib dakwa PH berlengah turunkan harga minyak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Najib dakwa PH berlengah turunkan harga minyak dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/najib-dakwa-ph-berlengah-turunkan-harga.html
0 Response to "Najib dakwa PH berlengah turunkan harga minyak"
Catat Ulasan