Loading...

Hanya undian 2/3 boleh gugur saya dari jawatan presiden, kata Zahid

Loading...
Hanya undian 2/3 boleh gugur saya dari jawatan presiden, kata Zahid - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hanya undian 2/3 boleh gugur saya dari jawatan presiden, kata Zahid, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hanya undian 2/3 boleh gugur saya dari jawatan presiden, kata Zahid
link : Hanya undian 2/3 boleh gugur saya dari jawatan presiden, kata Zahid

Baca juga


Hanya undian 2/3 boleh gugur saya dari jawatan presiden, kata Zahid

GEORGE TOWN: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya ahli parti boleh memaksa beliau meletak jawatan sebagai presiden Umno, susulan seruan beberapa pemimpin parti memintanya melepaskan semua jawatan.
Bercakap kepada FMT, beliau berkata di bawah perlembagaan Umno, undian 2/3 diperlukan untuk menggugurkan presiden parti.
“Saya hanya ingin katakan bahawa saya dipilih sebagai presiden Umno, bukan dilantik.
“Hanya 2/3 daripada ahli mesyuarat agung tahunan boleh membuat keputusan. Ini berdasarkan perlembagaan untuk saya meletakkan jawatan atau bercuti sementera. Itu dalam perlembagaan Umno kita,” kata pemimpin pembangkang itu.
Terdahulu, Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang keluar Umno bersama 5 ahli Parlimen lain berkata, jika Zahid enggan meletak jawatan dalam tempoh 10 hari, akan ada lagi 10 ahli Parlimen Umno yang akan keluar dari parti itu.
Beliau berkata Zahid gagal meyakinkan orang Melayu dan gagal menyelesaikan masalah parti.
Selain Hamzah, ahli Parlimen Umno yang meninggalkan Umno hari ini ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Sementara itu, di Twitter Zahid menyatakan mana-mana pemimpin Umno yang sudah memutuskan untuk keluar dari Umno, tidak berhak lagi untuk bercakap mengenai parti berkenaan.
“Biar mereka yang keluar, yang sudah keluar Umno tidak ada hak bercakap pasal Umno lagi. Ramai lagi yang boleh mengambil tempat mereka untuk jadi ahli Parlimen,” tulisnya.
Zahid turut mempersoalkan mengapa masih terdapat pemimpin Umno yang melatah selepas himpunan tolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember lalu.
Kenapa ramai sangat yang melatah selepas perhimpuan ICERD. Semangat dan maruah Melayu Islam tetap menjadi agenda utama,” katanya. - fmt


Thus Article Hanya undian 2/3 boleh gugur saya dari jawatan presiden, kata Zahid

Itulah artikel Hanya undian 2/3 boleh gugur saya dari jawatan presiden, kata Zahid Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hanya undian 2/3 boleh gugur saya dari jawatan presiden, kata Zahid dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/hanya-undian-23-boleh-gugur-saya-dari.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hanya undian 2/3 boleh gugur saya dari jawatan presiden, kata Zahid"

Catat Ulasan

Loading...