Loading...

Gunung Lang, Taman Rekreasi Menarik di Ipoh

Loading...
Gunung Lang, Taman Rekreasi Menarik di Ipoh - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gunung Lang, Taman Rekreasi Menarik di Ipoh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gunung Lang, Taman Rekreasi Menarik di Ipoh
link : Gunung Lang, Taman Rekreasi Menarik di Ipoh

Baca juga


Gunung Lang, Taman Rekreasi Menarik di Ipoh

Lepas singgah Kellie's Castle, Fiza dan husband teruskan perjalanan singgah di Taman Rekreasi paling popular di Ipoh iaitu Gunung Lang. Niat di hati nak singgah Tasik Cermin di Gunung Rapat Ipoh tapi terpaksa kecewa sebab daripada hasil cariaan google katanya Tasik Cermin ni telah ditutup kepada orang ramai atas sebab batu besar jatuh dan pelantar rosak. Jadi bahaya untuk orang awam. Sampai bila tutup atau memang tutup terus Fiza tak pasti pula.

Atas Gunung Batu Kapur ni ada trademark Gunung Lang, tapi gambar overexpose tak nampak pula

Jadi, hilangkan kekecewaan tu terus pergi Gunung Lang. Tarikan utama Gunung Lang adalah gunung batu kapur dan tasik seperti tasik cermin juga. Fiza singgah sini jumaat petang, Fiza fikir macam tak ramai lah orang. Sekali datang memang ramai orang dan parking pun hampir penuh. Disebabkan ramai dan tak ada masa banyak nak beratur naik bot pergi seberang. Jadi, singgah Gunung Lang kejap je tak sampai 10 minit. Ambil gambar sikit dan duduk sekejap. 

Tasik ala-ala tasik cermin. Kadang kala kalau bernasib baik dapat tengok air terjun buatan. Masa Fiza pergi ni tak buka pula.

Dari apa yang Fiza tahu selain permandangan Taman Rekreasi yang cantik ni. Ada pulau kecil seberang tu yang boleh pelawat pergi dengan menaiki bot. Bayaan dikenakan pun tak lah mahal, RM3 untuk dewasa, RM1.50 untuk kanak-kanak dan warga tua. Harga tiket yang berpatutan ni dapat bagi peluang pelawat pergi ke seberang. Okay takpelah, mungkin ada rezeki sampai sini lagi boleh lah naik boat ke seberang. 

Yang pasti kena datang sini pada hari biasa bukan musim cuti sekolah. Tapi ye lah kan, musim cuti sekolah lah masa bawa anak-anak dan bercuti satu keluarga ke tempat-tempat menarik macam Gunung Lang ni kan. Datang Gunung Lang ni boleh menikmati keindahan alam disekitarnya. Sesekali dapat sedut udara bersih alam semulajadi ni barulah fresh. Macam biasa, gunakan waze atau GPS untuk memudahkan perjalanan ke Gunung Lang, Ipoh.


Thus Article Gunung Lang, Taman Rekreasi Menarik di Ipoh

Itulah artikel Gunung Lang, Taman Rekreasi Menarik di Ipoh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gunung Lang, Taman Rekreasi Menarik di Ipoh dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/gunung-lang-taman-rekreasi-menarik-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Gunung Lang, Taman Rekreasi Menarik di Ipoh"

Catat Ulasan

Loading...