Loading...

M’sia #Quranhour Cetus Gelombang Mencintai Al-quran

Loading...
M’sia #Quranhour Cetus Gelombang Mencintai Al-quran - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk M’sia #Quranhour Cetus Gelombang Mencintai Al-quran, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : M’sia #Quranhour Cetus Gelombang Mencintai Al-quran
link : M’sia #Quranhour Cetus Gelombang Mencintai Al-quran

Baca juga


M’sia #Quranhour Cetus Gelombang Mencintai Al-quran

PUTRAJAYA – Program Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung pada 24 Ramadan atau 19 Jun di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini bakal mencetus gelombang mencintai al-Quran dalam kalangan masyarakat.

Imam Besar MTMZA, Ehsan Mohd Hosni berkata program selama sejam bermula 12 tengah hari itu juga diyakini mampu memberi impak positif kepada budaya pembacaan al-Quran, terutamanya dalam aspek menguruskan masa untuk diluangkan bagi membaca kitab suci itu.

“Harapan kita, program ini akan membawa impak di mana dalam sehari orang Islam akan mencari ruang daripada kesibukan tugasan seharian untuk berinteraksi dengan al-Quran, menghayati dan mengamalkannya.

“Ia juga diharap mampu mendisiplinkan masyarakat untuk membaca al-Quran secara istiqamah, sekali gus menimbulkan rasa kecintaan terhadap kitab Allah itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bertemakan “Bangsa Berbudi dan Penyayang”, program yang memasuki tahun kedua pelaksanaan itu dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama MTMZA dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ehsan berkata usaha mempromosi program yang menyasarkan penyertaan seramai 2,000 peserta itu telah mula dilaksanakan dan yakin akan mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti Islam Putrajaya berdasarkan sambutan baik yang diterima semasa penganjuran serupa tahun lepas.

Beliau turut menyarankan penganjur untuk berhubung dengan Kementerian Pendidikan bagi mendapatkan kebenaran untuk membawa pelajar-pelajar sekolah menyertai program itu bagi mencetus gelombang cintakan al-Quran dalam kalangan masyarakat sedari awal.

Mengenai tema program, Ehsan berkata ia amat bertepatan kerana mencintai negara merupakan satu daripada cabang iman.

Beliau berkata melalui pembacaan berterusan, mereka yang melazimi al-Quran dapat mengambil intipati atau kisah dan pengajaran yang terkandung di dalamnya untuk diterjemahkan dalam memberikan bakti dan sumbangan kepada negara. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qDxRRl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article M’sia #Quranhour Cetus Gelombang Mencintai Al-quran

Itulah artikel M’sia #Quranhour Cetus Gelombang Mencintai Al-quran Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel M’sia #Quranhour Cetus Gelombang Mencintai Al-quran dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/msia-quranhour-cetus-gelombang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "M’sia #Quranhour Cetus Gelombang Mencintai Al-quran"

Catat Ulasan

Loading...