Loading...

Najib Tak Faham dengan Kit Siang, setuju marah tak setuju pun marah

Loading...
Najib Tak Faham dengan Kit Siang, setuju marah tak setuju pun marah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Najib Tak Faham dengan Kit Siang, setuju marah tak setuju pun marah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Najib Tak Faham dengan Kit Siang, setuju marah tak setuju pun marah
link : Najib Tak Faham dengan Kit Siang, setuju marah tak setuju pun marah

Baca juga


Najib Tak Faham dengan Kit Siang, setuju marah tak setuju pun marah


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan apa yang sebenarnya diinginkan oleh Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi DAP, Lim Kit Siang terhadap dirinya.

Ini kerana menurutnya, Kit Siang tetap mempersoalkannya walaupun beliau menyatakan kesediaan untuk disiasat berkaitan beberapa kes pembunuhan yang dikaitkan dengannya.

Kit Siang baru sahaja keluarkan kenyataan bahawa dia terkejut kerana saya bersetuju dengannya supaya meminta kerajaan memulakan siasatan khas terhadap kesemua kes pembunuhan yang PH pernah katakan saya terlibat dengan kes berkenaan.

“Saya tidak faham dengan Lim Kit Siang ini. Bila saya tak setuju dengan beliau, dia marah. Bila saya bersetuju dengannya, pun dia marah,” katanya di Facebook miliknya, hari ini.

Najib berkata, Kit Siang marah kerana kononnya tiada siasatan terhadap semua kes semasa beliau menjadi perdana menteri dan hanya mahukan keadilan selepas hilang kuasa.

“Tidak betul, Kit Siang. Kes Teoh Beng Hock dibicarakan di Mahkamah Tinggi, di Mahkamah Rayuan dan juga di Suruhanjaya Siasatan Diraja.

“Kes Altantuya dan Hussain Najadi dibicara selama bertahun-tahun di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan di Mahkamah Persekutuan.

“Kes Kevin Morais di mana tujuh orang dituduh juga telah mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi sejak April 2017. Siapa kata tidak pernah disiasat?,” katanya.

Jadi katanya, tiada alasan kerajaan PH untuk tidak menyiasatnya selepas beliau menyatakan kerelaan untuk disiasat.

“Semua kertas siasatan, kuasa agensi-agensi siasatan untuk ketiga-tiga kes pembunuhan dan mahkamah ada pada tangan kerajaan PH.

“Tiada sebab untuk mereka tidak mengambil langkah itu tanpa lengah dan perlu segera mewujudkan siasatan khas sebagaimana diarahkan Kit Siang melainkan mereka masih ada rancangan untuk menggunakan isu ini pada masa depan untuk terus memfitnah saya,” katanya.

Dalam hantaran itu, Najib turut mengemukakan pertanyaan kepada Kit Siang.

“Adakah kamu masih mahu siasatan khas dibuka sebagaimana gesaan anda dua hari lalu kepada kerajaan PH untuk laksanakan? Adakah kamu akan memujuk Perdana Menteri untuk melakukan ini serta-merta?,” soalnya. - SH


Thus Article Najib Tak Faham dengan Kit Siang, setuju marah tak setuju pun marah

Itulah artikel Najib Tak Faham dengan Kit Siang, setuju marah tak setuju pun marah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Najib Tak Faham dengan Kit Siang, setuju marah tak setuju pun marah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/10/najib-tak-faham-dengan-kit-siang-setuju.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib Tak Faham dengan Kit Siang, setuju marah tak setuju pun marah"

Catat Ulasan

Loading...