Loading...
Tajuk : (KAMI MISKIN)(ZALIM) Kerajaan PH P. Pinang pula bagi notis KOSONG KAN Rumah
link : (KAMI MISKIN)(ZALIM) Kerajaan PH P. Pinang pula bagi notis KOSONG KAN Rumah
(KAMI MISKIN)(ZALIM) Kerajaan PH P. Pinang pula bagi notis KOSONG KAN Rumah
BUTTERWORTH - Sekumpulan penghuni Pangsapuri Ampang Jajar di sini, kesal dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan supaya mereka mengosongkan rumah yang disewa mereka dalam masa sebulan.
Menurut wakil penduduk, Ibrahim Md Din, 56, penghuni merasakan tindakan kerajaan negeri seolah-olah tidak peka dengan latar belakang mereka di pangsapuri tersebut yang rata-ratanya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.
Antara alasan dalam surat bertarikh 1 Oktober 2018 yang diterima beberapa penghuni adalah disebabkan mereka mempunyai pendapatan melebihi syarat yang ditetapkan sedangkan penghuni terbabit turut mempunyai tanggungan lain yang perlu diuruskan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ibrahim yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata tindakan kerajaan negeri mengeluarkan notis sebulan kepada penghuni (secara berperingkat) sudah tentu menimbulkan kerunsingan dalam kalangan penghuni untuk mencari rumah sewa yang lain dalam tempoh masa yang begitu singkat.
"Apabila kami merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab (kerajaan negeri), tindakan yang diambil adalah secara acuh tidak acuh dan itu yang kami kesalkan… jangan disebabkan kami ini orang susah maka mereka (kerajaan negeri) buat tak endah kepada kami.
"Kasihankanlah kami… di mana kami nak tinggal jika masa yang ditetapkan itu sudah tamat tempoh," katanya yang sudah menyewa di pangsapuri berkenaan sejak sepuluh tahun lepas.
Sementara itu, Mazharizal Mahazir, 40, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) merayu kerajaan negeri untuk mempertimbangkan semula arahan mengosongkan rumah kerana keadaan dirinya yang serba kekurangan tidak memungkinkan dirinya untuk bekerja, lebih-lebih lagi untuk menyewa.
"Alasan yang diberikan kepada saya adalah disebabkan saya ini bujang… saya ini OKU, tinggal pula dengan bapa yang sudah tua, ibu sudah tiada (meninggal dunia empat tahun lepas), bergantung pula dengan wang ilat (RM1,140 sebulan)… mana mungkin kami boleh berpindah ke tempat lain," kata Mazharizal yang turut menghidap penyakit sawan serta mempunyai ketumbuhan di dalam otak.
Seorang lagi penghuni, N Moganambal, 48, suri rumah, berkata, alasan diberikan untuk mereka sekeluarga mengosongkan rumah adalah kerana mereka memiliki rumah lain di Taman Lima Kongsi, Valdor sedangkan rumah tersebut sudahpun diambil oleh pihak bank beberapa tahun lepas.
"Bagaimana mereka (kerajaan negeri) boleh keluarkan arahan tersebut kerana rumah itu sudah kena tarik (oleh bank) sekian lama malah kami tinggal di sini sudah sepuluh tahun… mohon kerajaan negeri semak semula (arahan) kerana kami tiada tempat berteduh," kata Moganambal dalam sebak. - Bernama
Thus Article (KAMI MISKIN)(ZALIM) Kerajaan PH P. Pinang pula bagi notis KOSONG KAN Rumah
Itulah artikel (KAMI MISKIN)(ZALIM) Kerajaan PH P. Pinang pula bagi notis KOSONG KAN Rumah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel (KAMI MISKIN)(ZALIM) Kerajaan PH P. Pinang pula bagi notis KOSONG KAN Rumah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/10/kami-miskinzalim-kerajaan-ph-p-pinang.html
0 Response to "(KAMI MISKIN)(ZALIM) Kerajaan PH P. Pinang pula bagi notis KOSONG KAN Rumah"
Catat Ulasan