Loading...
Tajuk : KJ Sedang Siapkan Tempat Dalam PH - Chegubard
link : KJ Sedang Siapkan Tempat Dalam PH - Chegubard
KJ Sedang Siapkan Tempat Dalam PH - Chegubard
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan dakwaan kononnya beliau akan menyertai PH dalam tempoh terdekat.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, dakwaan itu sengaja direka kerana beliau mengulangi akan kekal istiqamah dalam perjuangan bersama Umno.
Malah Khairy yang mesra disapa KJ berkata, beliau akan merebut jawatan presiden parti itu buat kali kedua menerusi pemilihan parti pada 2021.
"Habis tu macam mana nak bertanding Presiden Umno tahun 2021?," tulis KJ di Twitternya hari ini.
KJ berkata demikian menjawab dakwaan kenyataan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard kononnya beliau sedang mempersiapkan tempatnya di dalam PH.
Dakwa Chegubard, KJ kini bijak bermain politik apabila suka membuat ‘provoke’ untuk dipecat sambil menyiapkan tempat ‘landing’ dalam parti kerajaan.
Sebelum ini, KJ pernah disaran meninggalkan Umno dan menyertai PH susulan kekalahannya dalam pemilihan parti itu.
Namun bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan akan setia bersama Umno. - SH
Thus Article KJ Sedang Siapkan Tempat Dalam PH - Chegubard
Itulah artikel KJ Sedang Siapkan Tempat Dalam PH - Chegubard Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel KJ Sedang Siapkan Tempat Dalam PH - Chegubard dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/09/kj-sedang-siapkan-tempat-dalam-ph.html
0 Response to "KJ Sedang Siapkan Tempat Dalam PH - Chegubard"
Catat Ulasan