Loading...

YB DAP TENGKING Penduduk, kami datang cara baik Tapi DIMAKI HAMUN

Loading...
YB DAP TENGKING Penduduk, kami datang cara baik Tapi DIMAKI HAMUN - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk YB DAP TENGKING Penduduk, kami datang cara baik Tapi DIMAKI HAMUN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : YB DAP TENGKING Penduduk, kami datang cara baik Tapi DIMAKI HAMUN
link : YB DAP TENGKING Penduduk, kami datang cara baik Tapi DIMAKI HAMUN

Baca juga


YB DAP TENGKING Penduduk, kami datang cara baik Tapi DIMAKI HAMUN



MELAKA: “Saya tidak sangka dia akan bersikap sebegitu, kami mendekatinya secara baik, tetapi sebaliknya berlaku,” kata penduduk Kampung Pulau Nibong, Juliah Mohamat, 45.
Perbincangan yang diharapkan berjalan dalam suasana harmoni bagi mencari penyelesaian membabitkan penutupan dua jalan alternatif di Taman Akasia, Pengkalan Batu di sini sebaliknya bertukar menjadi tegang.
Ia berlaku apabila sekumpulan kira-kira 20 wakil penduduk kampung terbabit menghampiri dan menyapa EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee yang hadir bagi menjelaskan isu penutupan jalan berkenaan.
Juliah berkata, beliau bersama sekumpulan penduduk hadir bagi membincangkan penutupan jalan itu yang menjadi laluan utama penduduk selepas Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengambil keputusan menutup laluan itu pada 2 Oktober lalu.
Bagaimanapun, katanya, sebelum sempat berunding, keadaan bertukar menjadi tegang dengan sikap Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu.
Rundingan perlu dilakukan kerana ia jalan utama bukan saja digunakan penduduk kampung ini, malah mereka yang tinggal di Bukit Beruang dan Ayer Keroh turut menggunakannya.
“Keputusan penutupan jalan ini dibuat secara terburu-buru tanpa sebarang rundingan bersama penduduk kampung,” katanya ketika ditemui hari ini.
Beliau berkata, laluan alternatif itu juga digunakan penduduk untuk akses ke jalan utama dan jika ia ditutup menyebabkan kesulitan kepada pengguna.
Seorang lagi penduduk kampung, Md Derus Tompang, 58, berkata beliau hadir ke sidang media itu atas jemputan yang diterima melalui surat rasmi pada petang semalam.
Saya terkejut apabila beliau (Norhizam) menafikan surat itu sedangkan ia surat rasmi yang mempunyai kepala surat Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN), malah turut mempersoalkan sama ada saya adalah orang UMNO.
“Sepatutnya, sebagai wakil rakyat, beliau perlu bersikap profesional dan mendengar keluhan rakyat,” katanya.
Sementara itu, penduduk taman perumahan berkenaan, Woon Hai Sheng, 35, pula berkata sikap pemandu yang melalui jalan alternatif di taman itu mengundang bahaya kepada penduduk, terutama kanak-kanak. - BH


Thus Article YB DAP TENGKING Penduduk, kami datang cara baik Tapi DIMAKI HAMUN

Itulah artikel YB DAP TENGKING Penduduk, kami datang cara baik Tapi DIMAKI HAMUN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel YB DAP TENGKING Penduduk, kami datang cara baik Tapi DIMAKI HAMUN dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/10/yb-dap-tengking-penduduk-kami-datang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "YB DAP TENGKING Penduduk, kami datang cara baik Tapi DIMAKI HAMUN"

Catat Ulasan

Loading...