Loading...

Kerajaan PH silap 'titik perpuluhan' lagi, satu lagi fitnah oleh PH menemui Kebenaran

Loading...
Kerajaan PH silap 'titik perpuluhan' lagi, satu lagi fitnah oleh PH menemui Kebenaran - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerajaan PH silap 'titik perpuluhan' lagi, satu lagi fitnah oleh PH menemui Kebenaran, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerajaan PH silap 'titik perpuluhan' lagi, satu lagi fitnah oleh PH menemui Kebenaran
link : Kerajaan PH silap 'titik perpuluhan' lagi, satu lagi fitnah oleh PH menemui Kebenaran

Baca juga


Kerajaan PH silap 'titik perpuluhan' lagi, satu lagi fitnah oleh PH menemui Kebenaran


DATUK Seri Najib Razak lega apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) akhirnya mengesahkan yang Barisan Nasional (BN) tidak menipu berkaitan jumlah kes kaum India tanpa kewarganegaraan di Malaysia adalah adalah 3,853 dan bukan 300,000 seperti didakwa.
Bekas Perdana Menteri, bersyukur apabila satu lagi fitnah yang dilemparkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) terhadap kerajaan BN dahulu telah diperbetulkan hari ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman mengesahkan di dalam Dewan Negara bahawa jumlah kes kaum India tanpa kewarganegaraan di Malaysia adalah 3,853 dan bukan 300,000 seperti didakwa oleh ramai pemimpin PH sebelum ini.
“Faktanya, 1,638 daripada 3,853 kes-kes ini juga telah diselesaikan di bawah kerajaan BN pimpinan saya dahulu,” katanya dalam catatan Facebooknya hari ini.
Menurut Najib, walaupun beliau dan pemimpin-pemimpin MIC telah banyak kali memberi penjelasan angka sebenar, BN sering dituduh sebagai menipu oleh beberapa pemimpin-pemimpin PH kaum India yang bertegas jumlah kes melebihi 300,000.
“Mereka menggunakan isu ini sebagai isu utama untuk membuat demonstrasi dan dalam ceramah-ceramah untuk menaikkan kemarahan kaum India terhadap kerajaan BN.
“Dengan pendedahan kerajaan PH mereka sendiri tentang jumlah kes yang benar, adakah pemimpin-pemimpin PH ini akan meminta maaf kerana telah ‘tersalah kira’ dua tempat titik perpuluhan? katanya.
Mohd Azis ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini menjelaskan angka 300,000 itu adalah maklumat yang dikumpul sendiri Ahli Parlimen pembangkang sebelum kerajaan PH dibentuk dan maklumat itu bukan dikeluarkan kementerian itu.
Menurutnya, berdasarkan statistik kementerian sehingga 31 Mei lalu hanya 3,853 permohonan kewarganegaraan diterima dalam kalangan masyarakat India dan 1,683 sudah diluluskan manakala baki 2,215 permohonan masih dalam proses.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk T Mohan yang mempersoal kesahihan angka 300,000 kaum India tiada dokumen pengenalan diri yang dibangkitkan sebelum ini sehingga menyebabkan MIC kehilangan kepercayaan pengundi pada PRU-14. - myMetro


Thus Article Kerajaan PH silap 'titik perpuluhan' lagi, satu lagi fitnah oleh PH menemui Kebenaran

Itulah artikel Kerajaan PH silap 'titik perpuluhan' lagi, satu lagi fitnah oleh PH menemui Kebenaran Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerajaan PH silap 'titik perpuluhan' lagi, satu lagi fitnah oleh PH menemui Kebenaran dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/08/kerajaan-ph-silap-titik-perpuluhan-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan PH silap 'titik perpuluhan' lagi, satu lagi fitnah oleh PH menemui Kebenaran"

Catat Ulasan

Loading...