Loading...

Henti bandingkan Malaysia dengan negara mundur, kata Suaram

Loading...
Henti bandingkan Malaysia dengan negara mundur, kata Suaram - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Henti bandingkan Malaysia dengan negara mundur, kata Suaram, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Henti bandingkan Malaysia dengan negara mundur, kata Suaram
link : Henti bandingkan Malaysia dengan negara mundur, kata Suaram

Baca juga


Henti bandingkan Malaysia dengan negara mundur, kata Suaram

 FMT| June 6, 2017
Pengarah eksekutif Sevan Doraisamy berkata Malaysia perlu dibandingkan dengan negara maju untuk melihat sejauh mana pencapaian negara.
Sevan-Doraisamy_suaram_rakyat_600
KUALA LUMPUR: Pertubuhan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata rakyat tidak boleh membandingkan Malaysia kepada negara mundur jika mahu mencapai status negara maju.

Pengarah Eksekutif Sevan Doraisamy berkata penunjuk utama tahap kemajuan sesebuah negara adalah hak asasi manusia.
Oleh itu sejauh mana Malaysia ke depan atau mundur bergantung kepada negara yang dijadikan sebagai perbandingan, katanya.

“Kalau kamu bandingkan Malaysia dengan negara mundur, kita jauh lebih baik. Tetapi kalau kita mahu jadi negara maju, kamu tidak boleh bandingkan diri kita dengan negara mundur tetapi dengan negara maju,” katanya di sesi soal jawab pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia 2016.

Sevan berkata masih banyak kekurangan dari aspek hak asasi manusia, termasuk bilangan kematian dalam tahanan.

“Perhatikan kematian dalam tahanan, contohnya. Kita mendaftarkan 5-6 kematian pada separuh tahun ini sahaja dan ini keadaan yang tidak baik.”

Suaram hari ini mengakui ia tersalah lapor bilangan kematian dalam tahanan polis dalam Ringkasan Laporan Hak Asasi Manusia 2016 yang dilancarkan Disember tahun lepas. Sebelum ini mereka melaporkan 2 kematian, tetapi dalam Laporan Hak Asasi Manusia 2016 hari ini, ia melaporkan 15 kematian.

Selain kematian dalam tahanan, Sevan berkata sukar mendapatkan statistik tepat kerana ketiadaan kebebasan maklumat.
“Dalam hal kematian di pusat tahanan imigresen, sukar untuk kami dapatkan angkanya. Imigresen tidak ada statistik tahunan mengenai berapa ramai yang mati. Mengapa tidak ada?

“Begitu juga, tiada laporan tahunan dari kementerian dalam negeri atau polis mengenai berapa ramai mati dalam tahanan atau berapa ramai orang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). Tiada kebebasan maklumat. Ini penunjuk utama untuk melihat sejauh mana pencapaian kita dari segi hak asasi manusia.”


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZIAtM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Henti bandingkan Malaysia dengan negara mundur, kata Suaram

Itulah artikel Henti bandingkan Malaysia dengan negara mundur, kata Suaram Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Henti bandingkan Malaysia dengan negara mundur, kata Suaram dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/henti-bandingkan-malaysia-dengan-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Henti bandingkan Malaysia dengan negara mundur, kata Suaram"

Catat Ulasan

Loading...