Loading...

Jangan sampai jadi seperti Melayu Singapura

Loading...
Jangan sampai jadi seperti Melayu Singapura - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jangan sampai jadi seperti Melayu Singapura, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jangan sampai jadi seperti Melayu Singapura
link : Jangan sampai jadi seperti Melayu Singapura

Baca juga


Jangan sampai jadi seperti Melayu Singapura


6 Zulhijjah 1439H, Sabtu – Orang Melayu diingatkan supaya tidak mengambil mudah terhadap ancaman pihak tertentu yang cuba menggugat kedudukan istimewa dan identiti negara walaupun dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Farid Hussein berkata, beliau bimbang sikap ambil mudah itu akan memberi kesan buruk kepada bangsa Melayu di negara ini, sebagaimana yang berlaku terhadap orang Melayu di Singapura.
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Singapura dan kaum Melayu di sana dijamin kedudukan istimewanya dalam Perlembagaan mereka. Tetapi apa sudah jadi dengan Melayu Singapura?
“Sedarlah bahawa kita sekarang sedang diasak dengan hebat oleh pihak-pihak yang ingin mencairkan identiti negara kita yang berteraskan Islam dan Melayu,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Kempen Ini Negara Perjuangan 2018, di ibu pejabat Isma di sini, hari ini.
Beliau berkata, orang Melayu jangan mudah terpedaya dengan pihak yang kononnya patriotik serta sayangkan negara, tetapi tidak menghormati Perlembagaan yang bertunjangkan Islam, Melayu dan Raja, sebaliknya lebih berkiblatkan kuasa asing dalam menentukan hala tuju Malaysia.
Muhammad Farid berkata, beliau kesal terhadap rakyat di negara ini yang dilihat sengaja melupakan sejarah kehebatan Tanah Melayu daripada Kesultanan Kedah Tua dan Melaka sehinggalah perjuangan pahlawan terdahulu dalam menentang penjajah.
Negara-negara lain sangat berbangga dengan sejarah silam masing-masing, terutamanya zaman kegemilangan mereka seperti Amerika Syarikat (AS) yang berbangga dengan kemerdekaan mereka menentang British, Itali dengan tamadun Romnya, Greece dengan tamadun Greek.
Malangnya di tanah air, sengaja dilupakan sejarah kehebatan Tanah Melayu daripada Kesultanan Kedah Tua, Kesultanan Melaka sehinggalah kepada perjuangan pahlawan dahulu melawan penjajah Portugis, Belanda, British, Jepun dan komunis,” katanya.
Beliau berkata, keadaan itu seolah-olah wujud arus yang tersusun untuk menafikan kehebatan sesuatu bangsa penduduk asal negara ini yang tidak berhenti berjuang mempertahankan kedaulatan Malaysia.
“Justeru, Pemuda dengan penuh keinsafan dan rasa tanggungjawab telah melancarkan kempen Ini Negara Perjuangan bagi memberikan fokus utama untuk mempertahankan identiti negara yang berteraskan Islam, Melayu dan Raja terutama dalam menghadapi ancama yang semakin bertambah.
“Semoga semangat perjuangan pahlawan nenek moyang kita dahulu juga diwarisi oleh kita demi kemaslahatan agama, bangsa dan generasi orang Melayu Islam akan datang,” katanya.-ismaweb


Thus Article Jangan sampai jadi seperti Melayu Singapura

Itulah artikel Jangan sampai jadi seperti Melayu Singapura Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jangan sampai jadi seperti Melayu Singapura dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/08/jangan-sampai-jadi-seperti-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jangan sampai jadi seperti Melayu Singapura"

Catat Ulasan

Loading...