Loading...
Tajuk : Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC
link : Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC
Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC
Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, jika Kementerian Pendidikan mengiktiraf UEC, ia dilihat berlaku tidak adil kepada pelajar beraliran sekolah menengah kebangsaan yang sedia mengikuti silibus dalam dasar pelajaran kebangsaan.
Katanya, Kementerian Pendidikan sepatutnya bersifat melindungi sijil peperiksaan di peringkat menengah yang terdapat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.
“Mereka yang bersekolah persendirian Cina dan mengikuti sijil UEC ini sebenarnya tidak yakin dengan dasar pelajaran kebangsaan sebab itu mereka memilih untuk belajar dalam satu sistem di luar dasar pendidikan kebangsaan.
“Maka ia tidak adil kepada puluhan ribu pelajar yang setia dan yakin menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,” katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, pelajar yang mengikuti sijil UEC ini mahu menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana yuran penggajian bagi satu kursus adalah murah.
“Sebabnya yuran belajar di IPTA lebih murah berbanding IPTS. Jelas terbukti, mereka mahu sangat masuk IPTA kerana kosnya murah,” katanya.
Menurutnya lagi, kalau sijil UEC ini diiktiraf, pasti akan ada permohonan daripada pertubuhan lain terutamanya SIJIL GEC A Level yang dikelolakan oleh Universiti Cambridge di United Kingdom.
Thus Article Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC
Itulah artikel Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/07/prof-datuk-dr-teo-kok-seongtidak-adil.html
0 Response to "Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:Tidak Adil jika iktiraf UEC"
Catat Ulasan