Loading...

[PAS CABAR PAS] Zuhdi cabar Mahfuz berdebat

Loading...
[PAS CABAR PAS] Zuhdi cabar Mahfuz berdebat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [PAS CABAR PAS] Zuhdi cabar Mahfuz berdebat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [PAS CABAR PAS] Zuhdi cabar Mahfuz berdebat
link : [PAS CABAR PAS] Zuhdi cabar Mahfuz berdebat

Baca juga


[PAS CABAR PAS] Zuhdi cabar Mahfuz berdebat


Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mencabar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berdebat berkaitan isu hala tuju dan pendirian parti itu.
Pengarah PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, cabaran debat itu adalah untuk memberi ruang kepada Mahfuz berhujah bahawa pucuk pimpinan PAS tersasar seperti yang dinyatakan beliau kebelakangan ini.
“Beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berselindung di bawah nada ‘masih sayang kepada PAS’ sedangkan tindakannya jelas untuk menyerang PAS.
“Dengan serangan-serangan tersebut, beliau sebagai MP PAS diyakini tidak lagi akan membawa mesej parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas beliau, pihaknya juga mendapat maklumat bahawa Mahfuz tidak lagi menghadiri sebarang program penerangan dan penjelasan mengenai hala tuju dan pendirian parti, sebaliknya berterusan mengeluarkan kenyataan mengelirukan.
“Isu-isu yang dibangkitkan olehnya sebenarnya telahpun dijawab di dalam program-program yang dianjurkan oleh parti.
“Sikap yang ditunjukkan oleh MP Pokok Sena kelihatan sengaja dilakukan untuk menunjukkan hanya pandangan beliau yang tepat berhubung dengan senario terkini politik,” katanya.
Dr Mohd Zuhdi berkata, debat yang bakal dianjurkan itu hanya terbuka kepada pempinan dan ahli PAS sahaja ekoran isu hala tuju dan pendirian parti banyak berkaitan hal ehwal dalaman PAS.
“PPP sendiri bersedia menjadi penganjurnya. Selain daripada PPP, saya juga mengalu-alukan sekiranya agensi parti yang lain khususnya yang berada di bawah Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah menganjurkan debat tersebut, sekiranya Dato Mahfuz lebih selesa dengannya.
“Debat tersebut diharapkan dapat menjernihkan kecelaruan Datuk Mahfuz, jika benar beliau bertindak sebelum ini kerana sayangkan parti.
“PPP bersedia menjawab dakwaan-dakwaan beliau dalam debat tersebut, dan Datuk Mahfuz sewajarnya tidak lagi celupar jika kesemua dakwaan beliau sudah terjawab,” katanya.


Thus Article [PAS CABAR PAS] Zuhdi cabar Mahfuz berdebat

Itulah artikel [PAS CABAR PAS] Zuhdi cabar Mahfuz berdebat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [PAS CABAR PAS] Zuhdi cabar Mahfuz berdebat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/pas-cabar-pas-zuhdi-cabar-mahfuz.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[PAS CABAR PAS] Zuhdi cabar Mahfuz berdebat"

Catat Ulasan

Loading...