Loading...

Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik

Loading...
Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik
link : Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik

Baca juga


Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik


TEMERLOH: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan rakyat supaya membuat pilihan yang terbaik pada Piliihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti dengan memberikan mandat kepada parti yang telah terbukti memberikan khidmat yang baik dan ikhlas.

Tengku Abdullah bertitah kehadiran baginda di beberapa program bukan bertujuan untuk mencampuri urusan politik di negeri ini, tetapi lebih kepada untuk melihat sendiri dengan lebih dekat perjalanan kempen pada PRU kali ini.

"Tepuk dada tanya selera, jangan salah makan nanti sakit perut - makanlah yang baik, undilah dengan baik," titah baginda sewaktu merasmikan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Bongsu, Lanchang, dekat sini hari ini.

Turut berangkat hadir, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis turut dihadiri calon BN bagi kerusi Parlimen Temerloh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kesejahteraan Tempatan Datuk Seri Mohamad Mentek.

Baginda menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob di peringkat negeri, yang menjayakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat.

"PPR di Kampung Bongsu adalah satu manifestasi agenda pembangunan negara dalam mensejahterakan rakyat, di seluruh negara, ia membabitkan pembinaan 118 projek dengan perbelanjaan RM6 bilion yang memanfaatkan 83,000 keluarga."

"Di Pahang sahaja ada 36 projek, saya berpandangan kejayaan ini adalah manifestasi peranan kerajaan dalam mensejahterakan rakyat," titah baginda.

Tengku Abdullah juga menyarankan supaya lebih banyak projek PPR dilaksanakan di seluruh Pahang termasuk di DUN Mentakab dan Kuala Semantan di bawah Parlimen Temerloh dan berharap ia dilaksanakan segera.

"Saya difahamkan ada lebih 187,000 golongan B40 dan mereka ini memerlukan kediaman selesa...kita perlu projek PPR di DUN Mentakab serta Kuala Semantan, saya berharap perkara ini dapat diluluskan segera," titah baginda.

Sementara itu Mohd Sharkar berkata, PPR Kampung Bongsu di Lanchang akan dibangunkan di atas tanah kerajaan berkeluasan 20 hektar dengan pembinaan 500 unit rumah.

Katanya, lima unit rumah dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) selain turut dibangunkan sebuah dewan serbaguna, tadika, surau dan kedai.

Beliau berkata, setiap unit PPR berharga RM35,000 dan kerajaan akan memberi subsidi RM160,000 bagi setiap rumah. #sumber


Thus Article Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik

Itulah artikel Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/05/tengku-abdullah-undilah-mereka-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tengku Abdullah: Undilah, Mereka Yang Mampu Beri "Khidmat" Yang Terbaik"

Catat Ulasan

Loading...