Loading...

Marina Mahathir: JMM mungkin tak ada kerja

Loading...
Marina Mahathir: JMM mungkin tak ada kerja - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Marina Mahathir: JMM mungkin tak ada kerja, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Marina Mahathir: JMM mungkin tak ada kerja
link : Marina Mahathir: JMM mungkin tak ada kerja

Baca juga


Marina Mahathir: JMM mungkin tak ada kerja




Aktivis Datuk Marina Mahathir berkata beliau belum dihubungi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) susulan gesaan sebuah NGO prokerajaan supaya akidahnya diperiksa.

Beliau juga pelik dengan laporan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) terhadapnya semalam.

“Saya rasa mereka ini tidak tahu bagaimana hendak habiskan masa dan mahu buat orang susah.

“Mereka ini pasti datang daripada sekolah politik Trump,” katanya ketika ditemui dalam sebuah persidangan pemberdayaan wanita di Kuala Lumpur hari ini.

Kerana menekan satu 'like' pada status berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Twitter, Marina semalam 'dibawa' ke JAWI.

Ketua Pengarah JMM Wilayah Persekutuan Faizan Mohd Nor menggesa badan itu menangkap serta memeriksa akidah anak bekas perdana menteri itu.

Ditanya sama ada beliau merasakan laporan itu sebahagian daripada kempen memburuk-burukkan beliau dan bapanya, Marina berkata beliau tidak bimbang langsung berkaitan perkara itu.

“Beliau (Mahathir) sudah veteran, beliau tahu cara tanganinya,” kata Marina yang lebih bimbangkan keadaan kesihatan bapanya.

Mahathir baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya ke-92 baru-baru ini.

Laporan JAWI terhadap Marina itu dibuat selepas bapanya menyerang balas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang membangkitkan isu keturunan India Mahathir.



Thus Article Marina Mahathir: JMM mungkin tak ada kerja

Itulah artikel Marina Mahathir: JMM mungkin tak ada kerja Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Marina Mahathir: JMM mungkin tak ada kerja dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/marina-mahathir-jmm-mungkin-tak-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Marina Mahathir: JMM mungkin tak ada kerja"

Catat Ulasan

Loading...