Loading...

Panglima Tentera "Dakwa" Tiada Kereta Kebal Dikerah Ke Putrajaya

Loading...
Panglima Tentera "Dakwa" Tiada Kereta Kebal Dikerah Ke Putrajaya - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Panglima Tentera "Dakwa" Tiada Kereta Kebal Dikerah Ke Putrajaya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Panglima Tentera "Dakwa" Tiada Kereta Kebal Dikerah Ke Putrajaya
link : Panglima Tentera "Dakwa" Tiada Kereta Kebal Dikerah Ke Putrajaya

Baca juga


Panglima Tentera "Dakwa" Tiada Kereta Kebal Dikerah Ke Putrajaya


PUTRAJAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal laporan kononnya aset tentera dikerah ke Putrajaya seperti yang ditularkan di media sosial.

Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata perkara itu tidak benar dan hanya merupakan spekulasi dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya sendiri berada di Putrajaya dan aset ATM seperti kereta kebal dan kenderaan tentera yang lain tiada di sini.

"Apa yang tersebar di media sosial itu hanyalah laporan berita palsu semata-mata ingin menimbulkan kegusaran masyarakat," katanya kepada Bernama malam ini.

Raja Mohamed Affandi menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai laporan berita palsu sedemikian dan menyemak kesahihan berita yang tersebar di media sosial.

Raja Mohamed Affandi menegaskan orang ramai tidak perlu panik kerana keadaan di Putrajaya ketika ini terkawal dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Tinjauan Bernama malam ini mendapati memang tiada sebarang aset ATM di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu, dan seperti yang dinyatakan Panglima ATM, keadaan di sini terkawal.

Hanya beberapa jalan ditutup dan dikawal polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Rakyat Malaysia mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 hari ini, bagi memilih kerajaan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu, Tentera Darat Malaysia dalam kenyataan turut menafikan penularan khabar angin menerusi gambar-gambar di media sosial yang kononnya menunjukkan penempatan aset tentera darat dan anggota untuk mengawal di Putrajaya.

Pihak tentera darat memohon agar penularan gambar berkenaan dihentikan segera dan meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan berita palsu itu. #sumber



Thus Article Panglima Tentera "Dakwa" Tiada Kereta Kebal Dikerah Ke Putrajaya

Itulah artikel Panglima Tentera "Dakwa" Tiada Kereta Kebal Dikerah Ke Putrajaya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Panglima Tentera "Dakwa" Tiada Kereta Kebal Dikerah Ke Putrajaya dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/05/panglima-tentera-dakwa-tiada-kereta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Panglima Tentera "Dakwa" Tiada Kereta Kebal Dikerah Ke Putrajaya"

Catat Ulasan

Loading...