Loading...
Tajuk : Dr M: Harapan Dapat 112 Kerusi, Dakwa SPR Enggan Akui Borang
link : Dr M: Harapan Dapat 112 Kerusi, Dakwa SPR Enggan Akui Borang
Dr M: Harapan Dapat 112 Kerusi, Dakwa SPR Enggan Akui Borang
Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa gabungan itu telah memenangi lebih daripada 112 kerusi parlimen iaitu jumlah paling sedikit yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan.
"Kami perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan persekutuan.
"Kini kelihatan kita telah mencapai lebih daripada (sasaran) itu dan mereka (BN) mendapat kerusi yang lebih kurang daripada apa yang kita perolehi," kata Mahathir pada sidang akhbar di Hotel Sheraton di Petaling Jaya, malam ini.
Bekas perdana menteri itu beliau juga mendakwa HARAPAN telah menawan enam negeri - Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah.
Calon PM HARAPAN itu diiringi pemimpin kanan lain termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau juga berkata Harapan berharap untuk mendapatkan lebih banyak kerusi parlimen dari Sabah untuk membentuk kerajaan persekutuan.
Mahathir sebelum ini mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya melambatkan pengumuman keputusan rasmi dengan menolak menandatangani perakuan Borang 14. #sumber
Thus Article Dr M: Harapan Dapat 112 Kerusi, Dakwa SPR Enggan Akui Borang
Itulah artikel Dr M: Harapan Dapat 112 Kerusi, Dakwa SPR Enggan Akui Borang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Dr M: Harapan Dapat 112 Kerusi, Dakwa SPR Enggan Akui Borang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/05/dr-m-harapan-dapat-112-kerusi-dakwa-spr.html
0 Response to "Dr M: Harapan Dapat 112 Kerusi, Dakwa SPR Enggan Akui Borang"
Catat Ulasan