Loading...

Warga emas hilang ingatan tidak pulang sejak seminggu lalu

Loading...
Warga emas hilang ingatan tidak pulang sejak seminggu lalu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Warga emas hilang ingatan tidak pulang sejak seminggu lalu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Warga emas hilang ingatan tidak pulang sejak seminggu lalu
link : Warga emas hilang ingatan tidak pulang sejak seminggu lalu

Baca juga


Warga emas hilang ingatan tidak pulang sejak seminggu lalu

Noraniza Kamsani, Astro Awani
Warga emas hilang ingatan tidak pulang sejak seminggu lalu
Nik Yusof Ismail yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Kubang Ikan, Cherating, Kuantan. - Astro AWANI
 
 
KUANTAN: Seorang lelaki warga emas yang mengalami masalah hilang ingatan dilaporkan hilang sejak seminggu yang lalu selepas keluar dari rumahya di Kampung Kubang Ikan, Cherating di sini.

Menurut menantu mangsa, Noraini Ariffin, 30, ayahnya, Nik Yusof Ismail, 63, dikatakan keluar dari rumahnya selepas solat Zohor pada 7 April lalu tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

"Ketika keluar ayah mentua hanya memakai seluar pendek serta singlet berwarna biru dan sepatutnya pulang ke rumah untuk memakan ubat.

 "Bagaimanapun, kira-kira jam 3 petang, ayah mentua saya tidak pulang ke rumah menyebabkan ibu mentua, Saini Awang, 50, berasa bimbang sebelum mencarinya di sekitar kawasan kampung," katanya kepada Astro AWANI.

Jelas Noraini, selepas tidak menemui mangsa, mereka sekeluarga membuat laporan polis laporan polis di Balai Polis Cherating untuk tindakan lanjut.

"Hingga ke hari ini, ayah masih tidak pulang dan gagal dikesan. Kami sekeluarga puas mencari ayah di sekitar kawasan Cherating tapi masih tidak jumpa.

Selain mengalami masalah ingatan Nik Yusof juga mempunyai pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan warga emas ini boleh menghubungi Noraini di talian 017-9319597.



Thus Article Warga emas hilang ingatan tidak pulang sejak seminggu lalu

Itulah artikel Warga emas hilang ingatan tidak pulang sejak seminggu lalu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Warga emas hilang ingatan tidak pulang sejak seminggu lalu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/warga-emas-hilang-ingatan-tidak-pulang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Warga emas hilang ingatan tidak pulang sejak seminggu lalu"

Catat Ulasan

Loading...