Loading...
Tajuk : Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai
link : Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai
Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai
Abd Razak Mohd Ali, Astro Awani

Aishah yang mesra dipanggil opah berkata, dia mengikuti kursus itu selepas mengetahuinya melalui Persatuan Ibu Tunggal Daerah Gerik. - Foto Facebook Idris Jusoh
LENGGONG: Aishah Ahmad, 70, hanya seorang penduduk kampung biasa di Batu 6, Bandariang, Gerik, dekat sini, yang menjalankan perusahaan membuat ikan pekasam secara kecil-kecilan di rumahnya.
Namun, nama warga emas itu tiba-tiba menjadi sebutan apabila dia mengikuti kursus pelabelan di Kolej Komuniti Lenggong yang dirasmikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, di sini, hari ini.
Aishah yang mesra dipanggil Opah berkata, dia mengikuti kursus itu selepas mengetahuinya melalui Persatuan Ibu Tunggal Daerah Gerik.
Namun, nama warga emas itu tiba-tiba menjadi sebutan apabila dia mengikuti kursus pelabelan di Kolej Komuniti Lenggong yang dirasmikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, di sini, hari ini.
Aishah yang mesra dipanggil Opah berkata, dia mengikuti kursus itu selepas mengetahuinya melalui Persatuan Ibu Tunggal Daerah Gerik.
“Walaupun orang tua, tetapi saya biasa bercampur dengan orang muda, jadi bolehlah, tak ada masalah, cuma tak biasa main komputer, susahlah sikit,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian kolej komuniti itu.
Ibu kepada lapan orang anak itu berkata, dia mula membuat ikan pekasam sejak empat tahun lalu, bagi memenuhi masa lapang, selepas kematian suaminya.
Tambahan pula, semua anaknya tidak tinggal bersama kerana berhijrah mencari rezeki di tempat lain.
Buat masa ini, ikan pekasam yang dihasilkannya dijual oleh anak-anaknya sendiri, di Ipoh dan Melaka.
Opah Aishah tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan ikan loma untuk membuat pekasam kerana hanya perlu menyauk di Sungai Rui yang kebetulan terletak di belakang rumahnya.
Ketika diajukan pertanyaan sama ada ingin terus belajar jika diberi peluang, tanpa ragu-ragu dia terus menjawab `nak’.
Semangat yang ditunjukkan Opah Aishah sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus belajar kerana Islam mengajar umatnya belajar daripada buaian hingga ke liang lahat.
Thus Article Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai
Itulah artikel Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/pekasam-opah-aishah-kini-dikenali-ramai.html
0 Response to "Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai"
Catat Ulasan