Loading...
Tajuk : Tiada 'roket' untuk calon DAP PRU14
link : Tiada 'roket' untuk calon DAP PRU14
Tiada 'roket' untuk calon DAP PRU14
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: DAP mengesahkan calon-calonnya tidak akan menggunakan simbol roket parti untuk PRU14, sebaliknya menggunakan logo sama dengan calon parti komponen lain di dalam Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berkata hanya calon DAP di Sabah dan Sarawak akan terus menggunakan logo roket kerana sayap DAP di dua negeri itu mempunyai kuasa-kuasa autonomi tertentu.
“Kita sudah membuat keputusan, Ia bukan keputusan mudah namun DAP bersetuju untuk menggunakan logo sama dengan calon-calon Pakatan yang lain, “ kata beliau.
Lim enggan mengesahkan bahawa calon-calon PH termasuk DAP akan menggunakan logo PKR di Semenanjung pada PRU14.
Beliau berkata keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan esok oleh pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad di Johor.
Lim berkata walaupun akar umbi DAP tidak selesa dengan calon mereka menggunakan logo parti lain, ia perlu demi memastikan saingan dua penjuru menentang BN.
PH merangkumi PPBM, DAP, PKR dan Amanah. Bagaimanapun Pendafar Pertubuhan (RoS) hari ini mengumumkan PPBM pimpinan Dr Mahathir dibubarkan sementara kerana melanggar beberapa peruntukan di bawah Akta Pertubuhan.
Thus Article Tiada 'roket' untuk calon DAP PRU14
Itulah artikel Tiada 'roket' untuk calon DAP PRU14 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tiada 'roket' untuk calon DAP PRU14 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/tiada-roket-untuk-calon-dap-pru14.html
0 Response to "Tiada 'roket' untuk calon DAP PRU14"
Catat Ulasan