Loading...

PPBM tidak dimaklumkan apa-apa oleh RoS - Ketua Penerangan

Loading...
PPBM tidak dimaklumkan apa-apa oleh RoS - Ketua Penerangan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PPBM tidak dimaklumkan apa-apa oleh RoS - Ketua Penerangan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PPBM tidak dimaklumkan apa-apa oleh RoS - Ketua Penerangan
link : PPBM tidak dimaklumkan apa-apa oleh RoS - Ketua Penerangan

Baca juga


PPBM tidak dimaklumkan apa-apa oleh RoS - Ketua Penerangan

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata beliau terkejut dengan pengumuman Pendaftar Pertubuhan (RoS) bahawa partinya dibubarkan.
 
Beliau berkata PPBM tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara itu malah RoS bersikap berdiam diri selepas partinya menghantar dokumen-dokumen yang diminta.
 
"Saya rasa kalau betul perkara itu, ertinya ia telah membelakangi segala peruntukan undang-undang dan ini satu hal yang agak mengejutkan dan tidak sepadan dengan pegawai, latihan dan keprofesionalan (RoS).
 
"Dia perlu bagi surat tunjuk sebab dahulu, tetapi ini tiba-tiba dan tidak ada surat tunjuk sebab," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
PPBM sebelum ini menghantar beberapa dokumen yang diminta RoS termasuk penyata kewangan dan minit mesyuarat partinya di peringkat Bahagian dan Cawangan seluruh negara. 
 
Dokumen itu diperlukan untuk melengkapkan siasatan terhadap PPBM, selepas mendapat aduan daripada lebih 400 ahli akar umbinya bahawa mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu, 30 Disember lalu, tidak sah.
 
Kamaruddin kemudiannya berkata PPBM tidak menolak untuk mengambil tindakan terhadap RoS berikutan percaya jabatan itu melanggar peraturan yang ditetapkan.
 
"Tetapi tidak mengapa, dia (RoS) yang nak buat tindakan itu. Kita adalah tindakan kita.
 
"(Sebelum ini) Kita sudah hantar (dokumen) dan dia tidak jawab apa-apa, tidak kata 'okay' atau tidak memenuhi keperluan atau apa sahaja, tidak ada beritahu apa-apa," katanya.
 
 


Thus Article PPBM tidak dimaklumkan apa-apa oleh RoS - Ketua Penerangan

Itulah artikel PPBM tidak dimaklumkan apa-apa oleh RoS - Ketua Penerangan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PPBM tidak dimaklumkan apa-apa oleh RoS - Ketua Penerangan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/ppbm-tidak-dimaklumkan-apa-apa-oleh-ros.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PPBM tidak dimaklumkan apa-apa oleh RoS - Ketua Penerangan"

Catat Ulasan

Loading...