Loading...

Rakyat terus tertipu, janji bina Hospital Padang Besar belum ditunai

Loading...
Rakyat terus tertipu, janji bina Hospital Padang Besar belum ditunai - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rakyat terus tertipu, janji bina Hospital Padang Besar belum ditunai, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rakyat terus tertipu, janji bina Hospital Padang Besar belum ditunai
link : Rakyat terus tertipu, janji bina Hospital Padang Besar belum ditunai

Baca juga


Rakyat terus tertipu, janji bina Hospital Padang Besar belum ditunai



Mohd Shahril dan Azril Ezuan menunjukkan papan notis Jabatan Kesihatan Perlis yang telah usang di tapak Hospital Padang Besar.


Janji demi janji dengan amat mudah dilemparkan oleh kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang begitu hampir.

Namun ia tidak boleh dipercayai, dan antara janji kerajaan BN sejak Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) lagi, ialah pembinaan Hospital Padang Besar, yang masih tidak kesampaian hingga ke hari ini.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Bahagian Padang Besar, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Izizam Ibrahim.

Menurut beliau, sebelum ini kerajaan telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan hospital tersebut.

Namun begitu sehingga kini, segala janji yang dibuat tidak menjadi kenyataan.

“Semasa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam turun ke Kangar sempena sambutan Rumah Terbuka Deepavali di Dewan Warisan, beliau mengulangi janji untuk membina hospital tersebut.

“Malah katanya, peruntukan untuk projek pembinaan hospital ini sudah pun disediakan, begitu juga dengan tender yang telah dikeluarkan.

“Manakala pemilihan kontraktor dijangka selesai pada awal tahun 2018, sebaliknya hingga menjelangnya PRU14 bayang hospital pun tidak kelihatan,” katanya.

Janji Menteri Kesihatan pada tahun lalu, tapi tahun 2018 belum ada bayang hospital pun hingga kini.

Tinjauan yang dibuat oleh Izizam juga mendapati tapak yang disediakan bagi pembinaan hospital tersebut sudah dipenuhi dengan tumbuhan liar yang menjalar.
 
Penduduk yang ditemui, Mohd Shahril Md Sarif berkata, buat masa ini penduduk Perlis terpaksa mengharapkan hanya Hospital Tuanku Fauziah di Kangar.

“Sekiranya ingin mendapatkan rawatan susulan, kami terpaksa berulang-alik ke hospital Kangar yang jaraknya sehingga 40 kilometer.

“Seandainya mahu mendapatkan rawatan di Hospital Alor Setar, maka kami terpaksa mengharungi perjalanan yang lama sehingga 80 kilometer jauhnya.

Izizam Ibrahim

“Ia bukan saja membazirkan masa, tetapi juga kos yang perlu ditanggung bagi mendapatkan rawatan sama ada di Kangar maupun di Alor Setar,” tegasnya lagi.

Azril Izuan pula berkata, janji-janji palsu yang menjadi amalan kerajaan seharusnya tidak patut diamalkan.

“Sepatutnya hospital tersebut telah lama siap kerana ia dijanjikan sejak RMK ke 9 lagi.

“Sebelum ini Menteri Kesihatan kata peruntukan dah ada dan tender pun dah keluar.

“Tapi takkanlah begitu lama sekali masa yang diambil untuk mengotakan janji-janji pilihan raya tersebut,” ujarnya pula.

Beliau juga berkata pada kali ini BN janji lagi, tapi ia tidak harus dipercayai kerana penantian bagi mendapatkan hospital tersebut tidak mungkin menjadi kenyataan.



Thus Article Rakyat terus tertipu, janji bina Hospital Padang Besar belum ditunai

Itulah artikel Rakyat terus tertipu, janji bina Hospital Padang Besar belum ditunai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rakyat terus tertipu, janji bina Hospital Padang Besar belum ditunai dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/rakyat-terus-tertipu-janji-bina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rakyat terus tertipu, janji bina Hospital Padang Besar belum ditunai"

Catat Ulasan

Loading...