Loading...
Tajuk : Peniaga beli jentera tolak tanah dari laman sosial, akhirnya rugi RM62,500
link : Peniaga beli jentera tolak tanah dari laman sosial, akhirnya rugi RM62,500
Peniaga beli jentera tolak tanah dari laman sosial, akhirnya rugi RM62,500
astro awani
Setelah bayaran dibuat, mangsa diberitahu bahawa dia berurusan dengan seorang penipu. - Gambar hiasan/pixabay
KUANTAN: Seorang peniaga kerugian lebih RM62,000 selepas diperdaya dalam urusan membeli jentolak tanah yang tidak wujud di laman sosial.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 48 tahun itu berhasrat membeli jentera itu selepas membaca iklan di laman Mudah.my pada Khamis lalu.
Mangsa mendakwa jentera itu diiklankan pada harga RM65,000 dan telah memasukkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam akaun seorang lelaki, sebagai tanda setuju untuk membeli jentera itu, katanya.

"Mangsa berurusan dengan lelaki bernama Samsul yang memberitahu mangsa tidak perlu ke Muar, Johor untuk mengambil jentera itu jika membuat bayaran penuh sebanyak RM61,500 kerana mendakwa memberi diskaun.
"Mangsa terus memasukkan wang sebanyak RM30,000 di Maybank Jerantut dan RM31,500 di Maybank Bandar Jengka. Bagaimanapun, Samsul memberitahu mangsa bahawa dirinya adalah penipu selepas transaksi wang itu dilakukan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir menambah mangsa membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. -- BERNAMA
Thus Article Peniaga beli jentera tolak tanah dari laman sosial, akhirnya rugi RM62,500
Itulah artikel Peniaga beli jentera tolak tanah dari laman sosial, akhirnya rugi RM62,500 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Peniaga beli jentera tolak tanah dari laman sosial, akhirnya rugi RM62,500 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/peniaga-beli-jentera-tolak-tanah-dari.html
0 Response to "Peniaga beli jentera tolak tanah dari laman sosial, akhirnya rugi RM62,500"
Catat Ulasan