Loading...

PRU14 : TOLAK CALON ‘NOMAD’ – ZAHID

Loading...
PRU14 : TOLAK CALON ‘NOMAD’ – ZAHID - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PRU14 : TOLAK CALON ‘NOMAD’ – ZAHID, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PRU14 : TOLAK CALON ‘NOMAD’ – ZAHID
link : PRU14 : TOLAK CALON ‘NOMAD’ – ZAHID

Baca juga


PRU14 : TOLAK CALON ‘NOMAD’ – ZAHID




Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat menolak calon ‘nomad’ yang sering berubah kawasan pilihanraya dan hanya muncul lima tahun sekali secara bermusim.

Timbalan Perdana Menteri berkata, cukuplah kesan negatif yang ditinggalkan calon nomad sebelum ini yang hanya datang lima tahun sekali tanpa mempedulikan masalah rakyat.

“Mana mungkin seseorang yang dipilih atas dasar kemarahan, kekecewaan dan disebabkan anti establisment, akhirnya kita (rakyat) terpaksa menerima akibat atas salah pilih berkenaan.

“Calon-calon nomad harus ditolak. Cukuplah terima calon-calon nomad, (sebaliknya) pilih calon-calon yang komited,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri Penempatan Semula Setinggan Desa Jaya, di Johor Bahru, pada Jumaat.



Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Sadique serta Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Ahmad Zahid berkata, usaha segelintir pihak meletakkan calon nomad yang datang lima tahun sekali hanyalah sekadar mahu meniup lagu kebencian kepada rakyat dan kemudiannya meninggalkan sekadar meninggalkan “najis” dan beralih ke kawasan lain setiap lima tahun.

“Setiap lima tahun pemimpin itu akan meninggalkan kawasan dan meninggalkan najis di tempat lama. Bila mereka pergi ke tempat yang baru, najis mereka seolah-olah dibasuh oleh orang lain.

“Cukuplah rakyat Malaysia (terima calon nomad), Jangan lagi memilih calon nomad yang hanya muncul lima tahun sekali,” katanya.




Thus Article PRU14 : TOLAK CALON ‘NOMAD’ – ZAHID

Itulah artikel PRU14 : TOLAK CALON ‘NOMAD’ – ZAHID Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PRU14 : TOLAK CALON ‘NOMAD’ – ZAHID dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/pru14-tolak-calon-nomad-zahid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRU14 : TOLAK CALON ‘NOMAD’ – ZAHID"

Catat Ulasan

Loading...