Loading...

HADI MAAFKAN SINAR HARIAN

Loading...
HADI MAAFKAN SINAR HARIAN - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk HADI MAAFKAN SINAR HARIAN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : HADI MAAFKAN SINAR HARIAN
link : HADI MAAFKAN SINAR HARIAN

Baca juga


HADI MAAFKAN SINAR HARIAN




Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku sudah memaafkan akhbar Sinar Harian atas kesilapan wartawan akhbar tersebut melaporkan berita berunsurkan fitnah terhadap beliau.

Beliau turut menasihati pengamal media di negara ini supaya bersikap lebih jujur dalam menyampaikan informasi dan berita kepada rakyat.

Menurut beliau, media yang menjadi sumber rujukan maklumat oleh rakyat perlu berhati-hati dalam melaksanakan tugas agar tidak menimbulkan sebarang fitnah.

“Saya sudah maafkan Sinar Harian dan bagi saya tiada apa-apa lagi. Semuanya sudah selesai.

“Cuma saya harap selepas ini, media lebih telus dan berhati-hati melaporkan berita agar tidak menimbulkan sebarang fitnah,” ujar beliau kepada media selepas Majlis Penutup Dialog Rakyat Terengganu Sejahtera Selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) di Terengganu.



Turut hadir ialah Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar serta tiga orang Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu iaitu Dr. Alias Razak, Saiful Bahri Mamat, dan Yahaya Ali selaku panel pada majlis tersebut.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang itu berkata beliau tidak berkecil hati dengan Sinar Harian berikutan beliau menganggap isu tersebut sudah selesai dan berharap supaya tidak timbul sebarang konflik lagi antara kedua belah pihak.

Terdahulu, PAS mendakwa laporan Sinar Harian Online pada 25 Mac dan versi cetak pada 26 Mac bertajuk “PAS AMBIL PENDEKATAN BERKECUALI ISU 1MDB” sebagai fitnah untuk memburuk imej dan persepsi awam terhadap Presiden PAS.

Walaubagaimanapun, Sinar Harian bertindak menyiarkan permohonan maaf secara terbuka dalam portal dan versi cetak sehari kemudian dengan mengakui laporan tersebut ditulis di luar konteks ucapan Abdul Hadi.




Thus Article HADI MAAFKAN SINAR HARIAN

Itulah artikel HADI MAAFKAN SINAR HARIAN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel HADI MAAFKAN SINAR HARIAN dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/hadi-maafkan-sinar-harian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "HADI MAAFKAN SINAR HARIAN"

Catat Ulasan

Loading...