Loading...

Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah

Loading...
Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah
link : Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah

Baca juga


Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah


KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur hari ini enggan mengulas isu penahanan Ketua Umno Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar yang ditahan positif dadah di sebuah kelab malam Isnin lalu.“Saya tak nak beri kenyataan banyak, ‘no’ komen,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.

Semalam Rizalman mendakwa dirinya diperangkap selepas keputusan ujian air kencing menunjukkan beliau positif dadah.Rizalman terkejut dengan keputusan ujian itu dan menafikan mengambil dadah termasuk semasa di kelab itu.

“Saya menafikan sekerasnya terlibat dengan penyalahgunaan dadah seperti mana yang dilaporkan. Kalau betul laporan yang mengatakan ujian air kencing positif, saya yakin ia adalah satu perangkap ke atas diri saya yang bertujuan untuk merosakkan nama baik saya,” katanya.

“Saya syak kemungkinan isu yang berlaku ini lebih kepada agenda politik, sama ada siapa yang lakukan saya tidak pasti.“Tapi cara operasi itu dilaksanakan sangat spesifik dan saya terus di bawa ke IPD Dang Wangi,” katanya.Menurutnya, beliau hanya “ambil kopi” bersama rakan lain dan tiada minuman keras disajikan.

Mazlan sebaliknya berkata fokus sidang media hari ini khusus kepada kejayaan polis Kuala Lumpur menumpas sindiket makmal syabu.Katanya, sebuah makmal memproses dadah sintetik jenis methamphetamine atau syabu bernilai RM10.46 juta yang berselindung di sebalik sebuah stor dalam bengkel barang perabot lama berjaya ditumpaskan polis dalam serbuan pada Ahad lalu.

Stor itu dipercayai beroperasi sejak 5 bulan lalu dan dijaga pemuda berusia 27 tahun dan 4 ekor anjing untuk menghidu sebarang gerakan mencurigakan di luar premis sebagai langkah melindungi kegiatan sindiket daripada dikesan pihak berkuasa.

Mazlan berkata, hasil pemeriksaan sekitar pukul 2.00 petang mendapati premis dijadikan makmal haram untuk memproses syabu.

“Hasil pemeriksaan berjaya merampas syabu mentah seberat 77.41kg, serbuk ephedrine (125.95kg) dan menemui 8 bekas yang digunakan untuk memproses bahan mentah sehingga dijadikan ais syabu.“Turut dirampas bahan kimia alkohol iso propyl toluene, metanol, alat penimbang, penapis plastik, balang dan bikar kaca, lebih 6 dapur induksi elektrik dan dapur kukus elektrik,” katanya.

Ujian saringan awal polis mendapati suspek positif syabu dan direman bermula 2 hingga 8 April ini.Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahannya.



Thus Article Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah

Itulah artikel Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/polis-kuala-lumpur-enggan-ulas-isu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah"

Catat Ulasan

Loading...