Loading...
Tajuk : Ahli PKR: Isu sebenar ialah kenapa tarik pengawal peribadi Dr M
link : Ahli PKR: Isu sebenar ialah kenapa tarik pengawal peribadi Dr M
Ahli PKR: Isu sebenar ialah kenapa tarik pengawal peribadi Dr M
Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya berkata, Khairy Jamaluddin mengalihkan tumpuan daripada isu sebenar dengan mengkritik penyebaran gambar Dr Mahathir Mohamad sebagai berita palsu.
PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya mendakwa Khairy Jamaluddin cuba “berdalih” daripada isu sebenar kenapa kerajaan menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, ketua Pemuda Umno itu sebaliknya mengalihkan tumpuan mengenai isu itu dengan mendakwa gambar bekas perdana menteri itu memeluk 2 individu dipercayai bekas pengawal peribadinya dari UTK ialah berita palsu.
“Ini adalah cubaan telus dan memalukan untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Khairy sepatutnya fokus mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) menamatkan perkhidmatan keselamatan yang disediakan kepada bekas perdana menteri.
“Adakah keselamatan beliau tidak penting kepada kerajaan, hanya kerana beliau kini seorang pengkritik kerajaan yang lantang bersuara.”
Rabu lalu, Dr Mahathir yang kini pengerusi Pakatan Harapan menerusi catatan di Facebooknya mendakwa polis menarik balik khidmat pengawal peribadi yang disediakan UTK.
Ia disusuli sekeping gambar menunjukkan negarawan berusia 92 tahun itu memeluk 2 lelaki dipercayai bekas pengawal peribadinya dari UTK tersebar di media sosial.
Semalam, Khairy yang juga menteri belia dan sukan dilaporkan berkata, gambar itu diambil tahun lalu dan tiada kaitan dengan tindakan kerajaan menarik balik khidmat itu Rabu lalu.
“Kita kena kecam ‘fake news’ seperti ini, berita palsu seperti ini mesti kita tunjuk sebagai contoh.
“Gambar Tun Mahathir peluk 2, 3 orang kononnya mereka pengawal peribadi mesti kita kecam,” katanya semalam.
Latheefa berkata, tiada alasan yang dapat diterima terhadap langkah menarik balik perlindungan rasmi untuk bekas perdana menteri secara tiba-tiba kerana ia jelas dipengaruhi niat jahat.
“Khairy tidak patut cuba berdalih dengan isu lebih remeh sama ada mengatakan ia gambar lama atau tidak, sebaliknya beliau perlu menjawab soalan mengapa kerajaan memilih untuk menarik balik perlindungan keselamatan yang diberikan kepada semua bekas perdana menteri,” katanya.
Tahun lalu, kerajaan menamatkan khidmat polis trafik mengiringi perjalanan Dr Mahathir dengan alasan beliau menyertai perhimpunan yang bercanggah peruntukan undang-undang.
Putrajaya turut menamatkan kontrak tukang masak dan pembantu rumah di pejabatnya.
Thus Article Ahli PKR: Isu sebenar ialah kenapa tarik pengawal peribadi Dr M
Itulah artikel Ahli PKR: Isu sebenar ialah kenapa tarik pengawal peribadi Dr M Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Ahli PKR: Isu sebenar ialah kenapa tarik pengawal peribadi Dr M dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/ahli-pkr-isu-sebenar-ialah-kenapa-tarik.html
0 Response to "Ahli PKR: Isu sebenar ialah kenapa tarik pengawal peribadi Dr M"
Catat Ulasan