Loading...

Pembubaran sementara PPBM tak jejas agihan kerusi Selangor

Loading...
Pembubaran sementara PPBM tak jejas agihan kerusi Selangor - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pembubaran sementara PPBM tak jejas agihan kerusi Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pembubaran sementara PPBM tak jejas agihan kerusi Selangor
link : Pembubaran sementara PPBM tak jejas agihan kerusi Selangor

Baca juga


Pembubaran sementara PPBM tak jejas agihan kerusi Selangor





PETALING JAYA: Pembubaran sementara PPBM tidak menjejaskan agihan kerusi di Selangor, kata Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim.

Izham berkata kerusi yang diberi kepada PPBM juga masih milik parti itu. “Kita iktiraf semua kerusi dia. Isu pendaftaran parti itu isu politik,” katanya.

Kelmarin, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengeluarkan perintah pembubaran sementara kepada PPBM dengan memberi 30 hari untuk melengkapkan butiran diperlukan atau berdepan pembubaran secara mutlak.

Ketua Pengarah JPPM Surayati Ibrahim berkata pembubaran sementara itu disebabkan kegagalan PPBM menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diminta menerusi notis statutori di bawah Seksyen 14 (2) yang dikeluarkan kepada parti itu pada 28 Februari lalu, merujuk minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

Ia susulan aduan ahli parti itu mengenai perhimpunan agung tahunan (AGM) pertamanya pada Disember lalu.

Perintah dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 dan PPBM tidak dibenarkan menggunakan nama, logo dan melaksanakan aktiviti berkaitan parti dalam tempoh 30 hari pembubaran sementara itu.

Mengenai 6 kerusi DUN yang gagal diselesaikan Pakatan Harapan Selangor, Izham berkata kerusi yang menjadi pertikaian kini di tangan PH pusat.

“Mereka sedang mencari jalan penyelesaian,” katanya. Beliau menjangkakan ia akan selesai dalam masa 2 hari ini.

Izham turut mendedahkan kemungkinan berlakunya penukaran 2 buah kerusi DUN antara PKR dan DAP berikutan pengumuman persempadanan semula baru-baru ini.

Pada 16 Mac lalu, Izham berkata Amanah Selangor memperoleh 9 kerusi dalam rundingan agihan kerusi DUN Selangor dan mahu mendapatkan 3 kerusi lagi, iaitu Seri Serdang, Lembah Jaya dan Sungai Burong.

Izham mendedahkan PPBM memperoleh 7 kerusi iaitu Sungai Air Tawar, Batang Kali, Jeram, Gombak Setia, Tanjong Sepat, Sijangkang dan Selat Klang.

Kerusi yang masih belum selesai ialah Lembah Jaya, Seri Serdang, Sungai Burung, Sungai Panjang, Kota Damansara dengan Dusun Tua.



Thus Article Pembubaran sementara PPBM tak jejas agihan kerusi Selangor

Itulah artikel Pembubaran sementara PPBM tak jejas agihan kerusi Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pembubaran sementara PPBM tak jejas agihan kerusi Selangor dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/pembubaran-sementara-ppbm-tak-jejas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pembubaran sementara PPBM tak jejas agihan kerusi Selangor"

Catat Ulasan

Loading...