Loading...

Mengundi pada Hari Pekerja?

Loading...
Mengundi pada Hari Pekerja? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mengundi pada Hari Pekerja?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mengundi pada Hari Pekerja?
link : Mengundi pada Hari Pekerja?

Baca juga


Mengundi pada Hari Pekerja?



KUALA LUMPUR: Setelah teka-teki tarikh pembubaran Parlimen terjawab, penganalisis politik kini meramalkan pengundian pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan antara 29 April dan 1 Mei.

Pakar Strategis Geopolitik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Azmi Hassan berkata purata tempoh yang diambil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan pilihan raya, berdasarkan PRU lalu ialah 25 hari dari tarikh berkuat kuasa pembubaran Parlimen.

“Saya jangka tempoh 25 hari itu adalah jangkaan terbaik untuk menjalankan hari pengundian…Ia tidak akan sampai kepada bulan Ramadan. Ini setelah mengambil kira tempoh minimum berkempen selama 11 hari,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.

Susulan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini, maka mengikut tempoh purata 25 hari yang dicadangkan Azmi, tarikh pengundian akan jatuh pada 1 Mei, iaitu Hari Pekerja yang juga cuti umum.

“Tidak menjadi masalah jika hari pengundian itu dijalankan pada hari cuti umum. Malah lebih baik kerana ia akan memberi lebih peluang kepada pengundi untuk keluar mengundi.

“Keadaan ini juga bersesuaian sentimen masyarakat yang dilihat berkobar-kobar mengundi, terutama di kalangan 1.6 juta pengundi baharu. Saya menjangka peratusan rakyat keluar mengundi pada PRU14 akan melebihi 80%.”

Bagi Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Seri Mohamed Mustafa Ishak, penamaan calon biasanya akan dijalankan dalam tempoh 10 hingga 14 hari dari tarikh Parlimen dibubarkan, yang mana akan jatuh pada 20 April.

Katanya, tempoh tersebut dirasakan bersesuaian untuk parti politik memuktamadkan pemilihan calon dan memberi peluang kepada calon yang akan bertanding untuk membuat persiapan.

“Selesai penamaan calon, saya menjangka hari mengundi akan diadakan dalam tempoh 10 hingga 11 hari selepas penamaan calon dan tarikh itu akan jatuh pada 29 atau 30 April. Saya yakin SPR dapat selesaikan keseluruhan proses pilihan raya dalam masa sebulan.”

Prof Sivamurugan Pandian membuat ramalan sama sambil berkata, beliau menjangka tempoh minimum berkempen selama 11 hari kerana percaya semua parti politik berkempen sejak 2013, iaitu tahun PRU13 diadakan.

“Mereka tidak pernah berhenti berkempen. Semakin lama (hari berkempen), lebih banyak isu akan dibangkitkan. Mengenai hari penamaan calon, ia akan diadakan dengan mengambil masa 10 hingga 14 hari selepas pembubaran Parlimen,” kata ahli sosiologi politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM).

Ramalan penganalisis politik tanah air mungkin melegakan banyak pihak, apabila masing-masing menjangkakan PRU14 akan dijalankan sebelum Ramadan yang dijangka bermula 17 Mei ini.



Thus Article Mengundi pada Hari Pekerja?

Itulah artikel Mengundi pada Hari Pekerja? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mengundi pada Hari Pekerja? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/mengundi-pada-hari-pekerja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mengundi pada Hari Pekerja?"

Catat Ulasan

Loading...