Loading...

Najib Tak Hormati Undang-Undang, Tabur Janji Lepas Parlimen Bubar

Loading...
Najib Tak Hormati Undang-Undang, Tabur Janji Lepas Parlimen Bubar - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Najib Tak Hormati Undang-Undang, Tabur Janji Lepas Parlimen Bubar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Najib Tak Hormati Undang-Undang, Tabur Janji Lepas Parlimen Bubar
link : Najib Tak Hormati Undang-Undang, Tabur Janji Lepas Parlimen Bubar

Baca juga


Najib Tak Hormati Undang-Undang, Tabur Janji Lepas Parlimen Bubar


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menghormati proses undang-undang apabila menjanjikan bantuan kepada rakyat melalui Manifesto Barisan Nasional (BN) selepas Parlimen dibubarkan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebagai ketua sebuah kerajaan sementara, Najib tidak boleh melakukan tindakan sedemikian kerana ia tidak melalui proses kelulusan betul.

“Saya kesal kerana Najib melakukan satu kesalahan jenayah kewangan dengan meluluskan jumlah bantuan besar untuk memancing undi dalam pilihan raya umum ke 14 (PRU14) akan datang.

“Ini membuktikan beliau amat terdesak untuk menang dalam PRU nanti tetapi saya yakin rakyat Malaysia telah bersedia untuk membuat satu perubahan,” katanya kepada media selepas majlis perasmian pasar MPAJ Kampung Ampang di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengumuman dibuat Najib itu adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab untuk sebuah kerajaan sementara.

Katanya, tindakan dibuat selepas Parlimen dibubarkan adalah satu tindakan menunjukkan Perdana Menteri sendiri tidak menghormati undang-undang dan proses kewangan bertanggungjawab.

“Ini bahaya kerana ia menyogok pengundi dengan pengumuman berbentuk wang tunai seperti BR1M yang tidak diluluskan dalam Belanjawan 2018 dan jemaah menteri kabinet.

“Siapa akan bertanggungjawab dalam perkara ini, kalaupun Ummo-BN menang, ia melanggar satu proses kelulusan.

“Sebagai kerajaan sementara, ia tidak boleh meluluskan apa-apa pun dan hanya boleh meneruskan kerajaan sedia ada sehingga sebuah kerajaan baharu terbentuk,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, tindakan sebegitu hanya boleh dilakukan sekiranya berlaku sesuatu keadaan tidak mampu dielakkan seperti bencana alam atau yang lain. #sumber


Thus Article Najib Tak Hormati Undang-Undang, Tabur Janji Lepas Parlimen Bubar

Itulah artikel Najib Tak Hormati Undang-Undang, Tabur Janji Lepas Parlimen Bubar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Najib Tak Hormati Undang-Undang, Tabur Janji Lepas Parlimen Bubar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/najib-tak-hormati-undang-undang-tabur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib Tak Hormati Undang-Undang, Tabur Janji Lepas Parlimen Bubar"

Catat Ulasan

Loading...