Loading...

Apa Hukum Melewatkan Sahur Bila Waktu Sunat Bersahur

Loading...
Apa Hukum Melewatkan Sahur Bila Waktu Sunat Bersahur - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Apa Hukum Melewatkan Sahur Bila Waktu Sunat Bersahur, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Apa Hukum Melewatkan Sahur Bila Waktu Sunat Bersahur
link : Apa Hukum Melewatkan Sahur Bila Waktu Sunat Bersahur

Baca juga


Apa Hukum Melewatkan Sahur Bila Waktu Sunat Bersahur

Hukum melewatkan sahur

Di ketika bulan Ramadhan, kita diperintahkan untuk berpuasa di siang hari dan berbuka di malam harinya. Selagi mana waktu masih malam, iaitu selagi belum masuknya Subuh, maka kita dibolehkan untuk makan, minum, dan menggauli isteri yang mana perkara ini diharamkan dilakukan di waktu siangnya. Ini adalah berdasarkan firman Allah SAW(maksudnya):

Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Ramadhan untuk bercampur dengan isteri-isteri kamu mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan serta minumlah sehingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar (masuknya waktu Subuh).(Surah al-Baqarah, 2: 187)

Adalah menjadi sunnah Rasulullah SAWdi bulan Ramadhan sebelum memulakan puasa beliau bersahur dan melewatkannya di penghujung malam. Sahur adalah makan atau minum di penghujung waktu malam ketika hampir menjelang Subuh bertujuan untuk puasa. Atau lebih tepat lagi adalah akhir sepertiga malam sehingga terbitnya fajar (masuk waktu Subuh).

MELEWATKAN SAHUR

Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka (sebaik masuk waktunya) dan melewatkan sahur.(Majma az-Zawaid, no. 2609. Kata al-Haitsami, Hadis riwayat ath-Thabrani dalam al-Kabir dan para perawinya perawi kitab Shahih.)

Amr B. Maimun al-Audi menyatakan,Para sahabat Muhammad Shallallahu alaihi wa Sallam adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) dalam bersahur.(Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199)

WAKTU DISUNATKANBERSAHUR

Waktu disunnahkan memulakan sahur adalah sekitar kira-kira tempoh bacaan lima puluh ayat al-Quran sebelum masuknya waktu Subuh. Ini menunjukkan sekitar 15 atau 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Zaid B. Tsabit radhiyallahu anhu, beliau berkata:

Kami pernah makan sahur bersama Nabi Shalallahu alaihi wa Sallam. Setelah itu beliau segera menunaikan solat. Aku bertanya, Berapa lama jarak antara azan dengan sahur? Beliau menjawab, Kira-kira sama seperti (panjangnya) bacaan lima puluh ayat al-Quran. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1921)

Atau dalam riwayat dan lafaz yang lain, menyebutkan tempoh 50 ayat bacaan al-Quran tersebut adalah menunjukkan tempoh antara selesainya sahur dengan waktu memulakan solat. Ini juga sebagaimana keterangan Imam al-Bukhari melalui bab yang beliau letakkan. (Rujuk: Shahih al-Bukhari,3/29)

Juga sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala, makan serta minumlah sehingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu terbitnya fajar (masuknya waktu Subuh). (Surah al-Baqarah, 2: 187)

Rasulullah menjelaskan lagi:

Makan dan minumlah kamu sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan. Dan beliau hanya melaungkan azan setelah terbit fajar (setelah masuknya waktu Subuh).(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1918)

Tiga dalil ini menunjukkan bahawa sunnah makan sahur bermula dari kira-kira 50 ayat bacaan al-Quran menuju masuknya waktu Subuh (atau azan dikumandangkan). Dan makan perlu berhenti sebaik sahaja telah jelas masuknya waktu Subuh atau azan dikumandangkan.

AKHIR KATA

Oleh itu, janganlah kita tinggalkan begitu sahaja sunnah bersahur ini walaupun hanya dengan kurma kering mahupun seteguk air. Selain beberapa hikmah dan bentuk barakah (tambahan kebaikan) yang dapat kita lihat secara umum, di sana masih ada lagi bentuk-bentuk barakah yang hanya diketahui di sisi Allah Taala.

Menyahut sunnah makan sahur ini juga termasuk ke dalam ciri-ciri mengerjakan puasa di atas keimanan dan mengharapkan pahala Allah Subhanahu wa Taala. Yang dengannya akan menjadi sebab diampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu dan semoga kita dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.

Sumber :siraplimau

Sumber: islamituindah



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6ehNj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Apa Hukum Melewatkan Sahur Bila Waktu Sunat Bersahur

Itulah artikel Apa Hukum Melewatkan Sahur Bila Waktu Sunat Bersahur Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Apa Hukum Melewatkan Sahur Bila Waktu Sunat Bersahur dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/apa-hukum-melewatkan-sahur-bila-waktu_99.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Apa Hukum Melewatkan Sahur Bila Waktu Sunat Bersahur"

Catat Ulasan

Loading...