Loading...

Lelaki ini sanggup kayuh 10,000 kilometer untuk ke Mekah

Loading...
Lelaki ini sanggup kayuh 10,000 kilometer untuk ke Mekah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lelaki ini sanggup kayuh 10,000 kilometer untuk ke Mekah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lelaki ini sanggup kayuh 10,000 kilometer untuk ke Mekah
link : Lelaki ini sanggup kayuh 10,000 kilometer untuk ke Mekah

Baca juga


Lelaki ini sanggup kayuh 10,000 kilometer untuk ke Mekah

Adie Sufian Zulkefli, Astro Awani
Lelaki ini sanggup kayuh 10,000 kilometer untuk ke Mekah
Berbekalkan latihan yang penuh dengan onak duri selama dua tahun, Sulaiman tidak gusar untuk meneruskan kayuhan solo ke tanah suci. Foto: Astro AWANI
 
 
KUBANG PASU: Sifat cekal seorang lelaki yang sanggup mengayuh basikal sejauh 10,000 kilometer ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji ini dipandang tinggi.

Walaupun rakan seperjuangan terpaksa tarik diri pada saat akhir, namun Sulaiman Abd Lah, 47 tahun, tidak patah semangat untuk teruskan misi ‘Kembara Menuju Lambaian Kaabah 2018’.

Berbekalkan latihan yang penuh dengan onak duri selama dua tahun, beliau tidak gusar untuk meneruskan kayuhan solo ke tanah suci.

Katanya, semangat sifat berjuang itu perlu ada dalam dirinya kerana beliau terpaksa mengharungi latihan yang memenatkan.

“Saya pernah membuat kayuhan untuk jelajah Malaysia pada tahun 2012, latihan sebelum itu sememangnya sukar kerana saya terpaksa membawa beban yang berat.

"Apa yang penting adalah kita perlu kuatkan semangat dan sentiasa berdoa,” ujarnya.

Berbekalkan latihan yang penuh dengan onak duri selama dua tahun, Sulaiman tidak gusar untuk meneruskan kayuhan solo ke tanah suci. Foto: Astro AWANI

Sulaiman yang merupakan Penolong Pengurus Unit Ekektrik dan Elektronik Tol Plaza Jambatan Pulau Pinang turut mendapatkan tunjuk ajar dari golongan profesional untuk berhadapan dengan laluan yang akan dilalui selama sebulan itu.

Kayuhan tersebut telah dimulakan jam 10 pagi pada Sabtu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam sebelum beliau meneruskan kayuhan sejauh 115 kilometer ke Masjid Al-Bushra, Phattalong, Thailand.

Sepanjang misi tersebut, beliau akan melalui lapan buah negara dan dijangka tiba pada 16 Julai depan.

Misi ini akan menguji ketahanan fizikal dan mental Sulaiman kerana beliau akan melalui laluan yang bercuaca panas di beberapa negara antaranya Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, dan Arab Saudi.

Sekembalinya Sulaiman dari tanah suci, beliau berhasrat untuk berkongsi pengalamannya kepada pelajar sekolah dan memberikan semangat serta serta pengajaran untuk mereka melakukan perkara sama.



Thus Article Lelaki ini sanggup kayuh 10,000 kilometer untuk ke Mekah

Itulah artikel Lelaki ini sanggup kayuh 10,000 kilometer untuk ke Mekah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lelaki ini sanggup kayuh 10,000 kilometer untuk ke Mekah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/lelaki-ini-sanggup-kayuh-10000.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lelaki ini sanggup kayuh 10,000 kilometer untuk ke Mekah"

Catat Ulasan

Loading...