Loading...

BN Selangor ikrar selesai krisis air, RM2,000 untuk pelajar IPT

Loading...
BN Selangor ikrar selesai krisis air, RM2,000 untuk pelajar IPT - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk BN Selangor ikrar selesai krisis air, RM2,000 untuk pelajar IPT, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : BN Selangor ikrar selesai krisis air, RM2,000 untuk pelajar IPT
link : BN Selangor ikrar selesai krisis air, RM2,000 untuk pelajar IPT

Baca juga


BN Selangor ikrar selesai krisis air, RM2,000 untuk pelajar IPT

Noh Omar (tengah) melancarkan manifesto BN terdiri daripada 5 matlamat, 10 program dan 100 inisiatif di Shah Alam, hari ini.


SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor menerusi manifesto yang diumumkan hari ini berjanji akan menyelesaikan krisis air di negeri itu, menyediakan insentif RM10,000 kepada penerima ijazah kelas pertama dan RM2,000 bantuan khas kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT).

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata inisiatif itu antara tawaran BN dalam usaha merampas kembali negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Menteri besar Selangor tak tahu bezakan air loji dengan air terawat.

“Kesan rakyat menderita angkat baldi, 760 projek tak boleh dimulakan. Akhirnya pelaburan di Selangor dulu nombor 1 sekarang nombor 4, kalah kepada Johor, Pulau Pinang dan Sarawak. Lebib sikit dari Melaka.

“Kena pulihkan air, jika tidak akan wujud pengangguran jika pelabur tidak datang,” katanya ketika berucap melancarkan manifesto BN Selangor di Shah Alam, hari ini.

Manifesto BN yang bertemakan “Better Selangor” mengandungi 5 matlamat, 10 program dan 100 inisiatif.

Antaranya, BN berjanji akan menjadikan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan membina 600 unit transit belia di tanah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Rawang.

Janji lain adalah:

– Cukai barang dan perkhidmatan (GST) sektor kerajaan ditanggung kerajaan sepenuhnya.
– Memuktamadkan segera penstrukturan semula industri air demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat Selangor.
– Memberi air percuma untuk penggunaan 20m padu dan rebat untuk penggunaan di bawah 40m padu.
– Dana khas pembangunan dan pembayaran bil air serta elektrik rumah ibadat berbilang kaum.
– Menambah 10,000 hotspot wifi.
– RM3,000 bantuan pengurusan jenazah.
– Insentif perkahwinan 50% untuk menyewa dewan kerajaan negeri. 
– Menghapuskan cukai jeti.
– Ganjaran 20 sen kepada pengguna yang membawa beg sendiri ketika membeli-belah di premis mengenakan bayaran untuk beg plastik.
– Rumah PPR dijadikan rumah sewa beli.
– Bina 50,000 unit rumah mampu milik.
– Insentif 10% untuk pembelian rumah pertama di bawah RM200,000.
– Universiti Selangor dinaik taraf menjadi universiti awam.
– Litar perlumbaan motosikal untuk setiap pihak berkuasa tempatan.
– Dana khas untuk tambang bas sekolah bagi keluarga B40.
– Memperketatkan permohonan dan penguatkuasaan pusat judi serta rumah urut.



Thus Article BN Selangor ikrar selesai krisis air, RM2,000 untuk pelajar IPT

Itulah artikel BN Selangor ikrar selesai krisis air, RM2,000 untuk pelajar IPT Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel BN Selangor ikrar selesai krisis air, RM2,000 untuk pelajar IPT dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/bn-selangor-ikrar-selesai-krisis-air.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BN Selangor ikrar selesai krisis air, RM2,000 untuk pelajar IPT"

Catat Ulasan

Loading...