Loading...

Langgar Akta Pertubuhan : RoS bubar sementara PPBM

Loading...
Langgar Akta Pertubuhan : RoS bubar sementara PPBM - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Langgar Akta Pertubuhan : RoS bubar sementara PPBM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Langgar Akta Pertubuhan : RoS bubar sementara PPBM
link : Langgar Akta Pertubuhan : RoS bubar sementara PPBM

Baca juga


Langgar Akta Pertubuhan : RoS bubar sementara PPBM

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: PPBM pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibelit pelbagai masalah dalaman diarah bubar sementara setelah parti itu gagal melaksanakan arahan Pendaftar Pertubuhan untuk mengemukakan dokumen tertentu kepadanya. 
 
Ketua Pengarah RoS Surayati Ibrahim berkata PPBM didapati melanggar Akta Pertubuhan walaupun diberi cukup ruang untuk mengemukakan dokumen-dokumen berkenaan. 
 
"Perintah (pembubaran sementara) tersebut adalah…kerana PPBM gagal serahkan sepenuhnya dokumen yang diminta mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966,” kata beliau.
 
Surayati berkata PPBM diberi 30 hari untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu namun perlu mengemukakan semua dokumen-dokumen yang diminta RoS.
 
Jika gagal berbuat demikian, PPBM akan secara automatik terbubar, beliau memberitahu sidang media di sini sebentar tadi.
 
Pembubaran sementara PPBM bermakna Pakatan Harapan yang disertai oleh parti itu bersama DAP, PKR dan Amanah tidak boleh berdaftar sebagai sebuah parti politik demi menggunakan logo sama untuk PRU14.
 
Dalam keadaan itu, Dr Mahathir berkata calon-calon PH akan menggunakan logo satu daripada tiga parti lain di dalam gabungan itu.
 
Beberapa pemimpin PKR mengesahkan sudah ada persetujuan untuk calon calon PH menggunakan logo PKR pada PRU14 sungguhpun keputusan itu tidak disenangi DAP.
 
Pengumuman mengenai logo itu akan dibuat esok oleh Dr Mahathir sendiri di Pasir Gudang Johor.
 
PPBM ditubuhkan tahun lalu selepas Dr Mahathir, anaknya Mukhriz  dan Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar Umno setelah gagal mendapat sokongan dalam parti itu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
 
Bagaimanapun PPBM ditimpa masalah perbalahan di kalangan pemimpin utamanya selain gagal mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian.
 
Keadaan itu menyebabkan ribuan ahli PPBM keluar parti di beberapa negeri, termasuk Kedah, Negeri Sembilan dan Perak.
 
Mengulas keputusan RoS hari ini, Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamaruddin Md Noor berkata pihaknya tidak menerima sebarang notis mengenai pembubaran itu dan menimbang untuk mengambil tindakan terhadap RoS.
 
 


Thus Article Langgar Akta Pertubuhan : RoS bubar sementara PPBM

Itulah artikel Langgar Akta Pertubuhan : RoS bubar sementara PPBM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Langgar Akta Pertubuhan : RoS bubar sementara PPBM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/langgar-akta-pertubuhan-ros-bubar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Langgar Akta Pertubuhan : RoS bubar sementara PPBM"

Catat Ulasan

Loading...