Loading...

Kes Jong-Nam: Mahkamah Sepang jadi tumpuan media

Loading...
Kes Jong-Nam: Mahkamah Sepang jadi tumpuan media - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kes Jong-Nam: Mahkamah Sepang jadi tumpuan media, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kes Jong-Nam: Mahkamah Sepang jadi tumpuan media
link : Kes Jong-Nam: Mahkamah Sepang jadi tumpuan media

Baca juga


Kes Jong-Nam: Mahkamah Sepang jadi tumpuan media

SINAR HARIAN
Kim Jong Nam


SEPANG - Kompleks Mahkamah Sepang sekali lagi menjadi tumpuan lebih 50 pengamal media tempatan dan asing bagi mengikuti kes sebutan semula pertuduhan dua suspek wanita yang terbabit dalam pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara,  Kim Jong-nam.

Kehadiran pihak media yang berkumpul di luar pekarangan kompleks itu di sini seawal jam 5.30 pagi semakin berkurangan berbanding hari pertama kes pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh iaitu wanita warga Indonesia Siti Aisyah, 25, serta wanita warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, pada 1 Mac lalu.
Kes pendakwaan itu disebut semula pada 13 April lalu.

Kaunter untuk mengambil pas masuk bagi liputan di dalam bilik mahkamah mula dibuka pada 8 hingga 9 pagi di dua lokasi berbeza iaitu di luar kompleks mahkamah dan sebelum memasuki ke dalam mahkamah.
Hanya wartawan yang membuat liputan berita kes berkenaan dibenarkan masuk.

Pihak polis juga menyediakan dua khemah pendaftaran untuk media tempatan dan antarabangsa, dan mereka yang akan mengikuti pendakwaan itu dikehendaki menyerahkan telefon bimbit, kamera dan peranti rakaman kepada anggota polis yang bertugas di khemah tersebut.

Seperti pada kes sebutan semula lalu, jurugambar dan jurukamera serta media juga tidak dibenarkan masuk ke lobi dan kawalan di sekitar kompleks mahkamah diperketatkan dengan kehadiran anggota polis yang agak ramai.

Mereka yang memacak kamera dan menaiki tangga hanya dibenarkan mengambil gambar dari jarak jauh iaitu dari luar pintu masuk kompleks mahkamah itu.

Dua  wanita asing yang didakwa membunuh Jong-nam, tiba dalam konvoi pacuan empat roda berasingan oleh anggota Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) yang lengkap memakai topeng muka, berpakaian gelap serta diiringi polis trafik dan kereta peronda polis dalam keadaan dikawal ketat.

Doan dan Siti Aisyah masing-masing kelihatan memakai jaket kalis peluru.

Konvoi pertama pacuan empat roda yang membawa Doan tiba kira-kira 9 pagi manakala konvoi pacuan empat roda membawa Siti Aisyah, tiba  tiga minit kemudian.

Kebanyakan media tidak dapat melihat dua suspek berkenaan kerana mereka dibawa ke bahagian belakang mahkamah yang tidak dapat diakses semua media.

Polis trafik juga mengawal lalu lintas di laluan di hadapan kompleks mahkamah.

Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Feb lepas.

Pada 1 Mac, kedua-dua wanita itu dihadapkan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh Jong-nam, 45, bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Pelepasan, klia2, pada kira-kira 9 pagi, 13 Feb lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. - Bernama



Thus Article Kes Jong-Nam: Mahkamah Sepang jadi tumpuan media

Itulah artikel Kes Jong-Nam: Mahkamah Sepang jadi tumpuan media Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kes Jong-Nam: Mahkamah Sepang jadi tumpuan media dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/kes-jong-nam-mahkamah-sepang-jadi_29.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes Jong-Nam: Mahkamah Sepang jadi tumpuan media"

Catat Ulasan

Loading...