Loading...

Khairuddin lompat parti tidak jejaskan PAS Selangor - Iskandar

Loading...
Khairuddin lompat parti tidak jejaskan PAS Selangor - Iskandar - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Khairuddin lompat parti tidak jejaskan PAS Selangor - Iskandar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Khairuddin lompat parti tidak jejaskan PAS Selangor - Iskandar
link : Khairuddin lompat parti tidak jejaskan PAS Selangor - Iskandar

Baca juga


Khairuddin lompat parti tidak jejaskan PAS Selangor - Iskandar

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tindakan bekas wakil rakyat PAS, Khairuddin Othman meninggalkan parti dan menyertai PKR tidak akan mempengaruhi kepimpinan PAS serta ahli akar umbi di Selangor.
 
Itu keyakinan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad selain menyifatkan perkembangan itu tidak akan memberi kesan besar kepada partinya di negeri itu.
 
Justeru Iskandar menafikan dakwaan yang mengatakan terdapat wakil rakyat PAS akan mengikut jejak langkah ADUN Paya Jaras itu.
 
“Kesan perpindahan ADUN Paya Jaras adalah terhad kepada kawasan Paya Jaras sahaja. Ia tidak akan memberi kesan yang besar kepada PAS di kawasan-kawasan lain di Selangor.
 
“Saya yakin tidak ada lagi ADUN PAS Selangor yang akan menyeberangi ke PKR atau parti-parti lain.
 
"Oleh itu dakwaan bahawa terdapat ADUN yang akan keluar parti adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Khairuddin pada Ahad mengumumkan keluar daripada PAS untuk menyertai PKR dalam satu ceramah yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, di Sungai Buloh.
 
Khairuddin ketika dihubungi Antarapos semalam berkata buat masa ini tidak timbul isu sama ada beliau akan terus mempertahankan kerusi DUN Paya Jaras itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Namun Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor, Dr Xavier Jayakumar yang juga dihubungi Antarapos berkata tiada jaminan untuk Khairuddin diturunkan sebagai calon pada pilihan raya kali ini.
 
Iskandar dalam itu berkata sebagai naib presiden yang ditugaskan memantau Selangor, PAS negeri diminta mengemukakan laporan lengkap tentang kemasukan Khairuddin ke dalam PKR.
 
Iskandar berkata lagi PAS yakin akan dapat mempertahankan kerusi Paya Jaras kerana mendakwa kemasukan Khairuddin ke PKR hanya akan menimbulkan konflik dalaman PH.
 
“Saya yakin PAS akan dapat mempertahankan kerusi Paya Jaras.
 
“Kemasukan ADUN Paya Jaras akan menimbulkan konflik dalaman kepada Pakatan Harapan jika bekas ADUN Paya Jaras itu dicalonkan semula, maka AMANAH akan kehilangan kerusi tersebut.
 
“Ini bermakna calon Amanah yang bercita-cita untuk bertanding di situ akan kecewa. Krisis akan tercetus dan boleh merebak ke tempat-tempat lain,” ujar Iskandar lagi.
 
 


Thus Article Khairuddin lompat parti tidak jejaskan PAS Selangor - Iskandar

Itulah artikel Khairuddin lompat parti tidak jejaskan PAS Selangor - Iskandar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Khairuddin lompat parti tidak jejaskan PAS Selangor - Iskandar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/khairuddin-lompat-parti-tidak-jejaskan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khairuddin lompat parti tidak jejaskan PAS Selangor - Iskandar"

Catat Ulasan

Loading...