Loading...

Dr Rani nafi ada ADUN PAS Selangor mahu lompat parti

Loading...
Dr Rani nafi ada ADUN PAS Selangor mahu lompat parti - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dr Rani nafi ada ADUN PAS Selangor mahu lompat parti, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dr Rani nafi ada ADUN PAS Selangor mahu lompat parti
link : Dr Rani nafi ada ADUN PAS Selangor mahu lompat parti

Baca juga


Dr Rani nafi ada ADUN PAS Selangor mahu lompat parti

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: ADUN Meru, Dr Rani Osman menolak desas-desus kononnya terdapat wakil rakyat PAS yang bakal mengikut jejak ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman melompat parti dan menyertai PKR.
 
"Itu tidak betul, sekali lagi tidak betul. Ini satu fitnah. Cukup la dia seorang (lompat parti)," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Semalam Antarapos menghubungi Khairuddin bertanyakan maklum balas yang diterimanya selepas memilih untuk meneruskan perjuangan politiknya dengan PKR.
 
Beliau kemudiannya mengesahkan ada mendengar khabar bahawa terdapat kepimpinan dan ahli akar umbi PAS Selangor yang menghubunginya dan menyatakan hasrat untuk menyertainya dalam parti baru.
 
Khairuddin sebelum itu mengumumkan beliau keluar PAS dan melompat ke parti PKR dalam satu majlis ceramah yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
Pada 2013, bekas setiausaha PAS negeri itu memenangi kerusi DUN Paya Jaras apabila menewaskan calon BN Muhammad Bushro Mat Johor dengan majoriti 5,522 undi.
 
Bagaimanapun selepas beberapa bulan Khairuddin memegang jawatan dalam PAS negeri, beliau digugurkan daripada barisan kepemimpinan berikutan kerap dilihat 'mesra' dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH).
 
Mengulas lanjut, Rani berkata Khairuddin bakal melalui jalan sukar dan besar kemungkinan tidak akan diturunkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei depan. 
 
"Saya pun tahu, (sama ada) dia (Khairuddin diberi kerusi atau tidak). Jika diberi kerusi pun (untuk) bertanding, orang PKR akan marah.
 
"Takkan hari ni masuk PKR dengan tak buat kerja tiba-tiba dapat kerusi bertanding, orang PKR mesti akan marah.
 
"Bukan laluan mudah buat Khairuddin. Tapi itu hal mereka (PKR), biarlah," katanya.
 
Rani kemudiannya memberitahu Antarapos, PAS Selangor akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini  bagi membincangkan mengenai isu berkenaan.
 
 


Thus Article Dr Rani nafi ada ADUN PAS Selangor mahu lompat parti

Itulah artikel Dr Rani nafi ada ADUN PAS Selangor mahu lompat parti Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dr Rani nafi ada ADUN PAS Selangor mahu lompat parti dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/dr-rani-nafi-ada-adun-pas-selangor-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dr Rani nafi ada ADUN PAS Selangor mahu lompat parti"

Catat Ulasan

Loading...