Loading...

BN Perlu Hentikan Salah Guna Jentera Kerajaan Bagi Kempen Politik

Loading...
BN Perlu Hentikan Salah Guna Jentera Kerajaan Bagi Kempen Politik - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk BN Perlu Hentikan Salah Guna Jentera Kerajaan Bagi Kempen Politik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : BN Perlu Hentikan Salah Guna Jentera Kerajaan Bagi Kempen Politik
link : BN Perlu Hentikan Salah Guna Jentera Kerajaan Bagi Kempen Politik

Baca juga


BN Perlu Hentikan Salah Guna Jentera Kerajaan Bagi Kempen Politik


AYER HITAM: Calon HARAPAN Parlimen Ayer Hitam, Liew Chin Tong menyeru agar calon-calon Barisan Nasional (BN) berhenti menyalahgunakan jentera kerajaan bagi kempen pilihan raya dan kepentingan parti politik mereka.

“Saya terkejut dengan perbuatan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tanpa segan-silu mempergunakan jentera agensi kerajaan, iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bagi kegunaan partinya,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Chin Tong, dalam program MCA malam tadi di Yong Peng, JPJ digunakan sebagai pengiring kepada Liow and pemimpin-pemimpin MCA lain.

“Ia bukan majlis Kementerian Pengangkutan atau JPJ atau mana-mana badan kerajaan. Ia terang-terangan kempen politik MCA. Mengapa JPJ terlibat?

“Malah, majlis malam tadi merupakan program untuk meraih sokongan kepada saingan saya di Ayer Hitam, iaitu Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta pengumuman calon-calon MCA bagi mewakili Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-14 ini.

“Kita semua tahu bahawa pada waktu-waktu biasa, jentera kerajaan dilarang digunakan untuk tujuan politik. Apatah lagi jika ia dilakukan sewaktu PRU,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Liow supaya menjelaskan tentang penggunaan jentera JPJ untuk kepentingan partinya, dan memohon maaf kerana telah menyalahgunakan amanah kerajaan.

“Beliau juga perlu berikrar kepada rakyat bahawa beliau tidak akan lagi menyalahgunakan kuasanya.

“Dalam mana-mana PRU, Liow dan semua calon yang bertanding adalah sama sahaja status mereka,” katanya lagi. #sumber


Thus Article BN Perlu Hentikan Salah Guna Jentera Kerajaan Bagi Kempen Politik

Itulah artikel BN Perlu Hentikan Salah Guna Jentera Kerajaan Bagi Kempen Politik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel BN Perlu Hentikan Salah Guna Jentera Kerajaan Bagi Kempen Politik dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/bn-perlu-hentikan-salah-guna-jentera.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BN Perlu Hentikan Salah Guna Jentera Kerajaan Bagi Kempen Politik"

Catat Ulasan

Loading...