Loading...
Tajuk : DoJ: Campur Tangan Asing, Khalid Samad Membidas Kenyataan Hadi Awang
link : DoJ: Campur Tangan Asing, Khalid Samad Membidas Kenyataan Hadi Awang
DoJ: Campur Tangan Asing, Khalid Samad Membidas Kenyataan Hadi Awang
Khalid Samad berkata: “Saya percaya tidak ada seorang pun dari pihak pembangkang yang meminta kuasa asing untuk menjajah negara atau meminta mana-mana tentera asing untuk masuk (ke dalam Malaysia).” “Kenyataan Hadi tidak relevan dan beliau tidak diberi nasihat yang betul sebelum mengeluarkan kenyatannya,” kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mengulas kenyataan Hadi.
Terdahulu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, beliau bimbang Malaysia akan jatuh ke tangan negara lain disebabkan tindakan pihak tertentu cuba mempelawa pihak luar campur tangan dalam masalah dalaman demi mencapai kemenangan pada PRU14.
“Saya yakin mereka yang mengundang pihak asing mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihan raya, di mana moral mereka paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman,” katanya dalam kenyataan bertajuk “Surat Terbuka Kepada Parti Politik Malaysia”.
Sehubungan itu, presiden PAS mengingatkan semua parti politik tidak mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah negara seperti kes Bumiputera Malaysia Finance (BMF), Perwaja Steel, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Katanya, negara asing akan bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaian oleh mahkamah di negara mereka.
Kenyataan itu dipercayai merujuk tindakan terbaru Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil di California untuk menyita aset berjumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion), termasuk karya seni, kapal layar, barang kemas dan hak cipta 2 filem komedi yang didakwa dibeli dengan dana diseleweng daripada 1MDB.
Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan pembangkang mampu mempengaruhi DoJ untuk memfailkan tuntutan mengenai jenayah yang dilakukan di negara terbabit, melibatkan bank dan harta di sana.
Dalam ulasannya, Khalid Samad, wakil rakyat sejak 2008 berkata, parti pembangkang hanya menjalankan tugas mereka dalam menonjolkan salah laku pihak-pihak yang terlibat dalam urusan 1MDB.
“Orang ramai perlu sedar negara-negara lain sudah pun mengambil tindakan terhadap 1MDB,” kata beliau sambil menambah, usaha yang sama tidak dilaksanakan di Malaysia. Beliau juga berkata, Hadi membuat rujukan yang tidak tepat mengenai kejatuhan Islam di Sepanyol pada abad ke-15 apabila membandingkannya dengan senario yang dikatakan di Malaysia.
Hadi berkata, kerajaan Islam purba di Sepanyol jatuh selepas pemerintahnya menjemput orang asing membantu menyelesaikan krisis dalaman mereka. Khalid berkata, kejatuhan Islam di Sepanyol disebabkan perpecahan dan pertelingkahan di kalangan empayar orang Islam pada masa itu. “Bagaimana ia boleh dikaitkan dengan keadaan kita sekarang?” soal Khalid. #sumber
Thus Article DoJ: Campur Tangan Asing, Khalid Samad Membidas Kenyataan Hadi Awang
Itulah artikel DoJ: Campur Tangan Asing, Khalid Samad Membidas Kenyataan Hadi Awang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel DoJ: Campur Tangan Asing, Khalid Samad Membidas Kenyataan Hadi Awang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/doj-campur-tangan-asing-khalid-samad.html
0 Response to "DoJ: Campur Tangan Asing, Khalid Samad Membidas Kenyataan Hadi Awang"
Catat Ulasan