Loading...

Bekas anggota DAP wakili PSM dalam PRU14

Loading...
Bekas anggota DAP wakili PSM dalam PRU14 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bekas anggota DAP wakili PSM dalam PRU14, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bekas anggota DAP wakili PSM dalam PRU14
link : Bekas anggota DAP wakili PSM dalam PRU14

Baca juga


Bekas anggota DAP wakili PSM dalam PRU14

THE MALAYSIAN TIMES
 


GEORGE TOWN: Setelah meninggalkan DAP, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Sungai Pinang Teh Yee Cheu akan cuba mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti tetapi atas tiket Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Anggota Jawatankuasa PSM Choo Chon Kai berkata ini merupakan kali pertama PSM bertanding di Pulau Pinang dan akan hanya bertanding satu kerusi itu sahaja.

“Teh bukan sahaja menepati kriteria yang kami tetapkan, tetapi kami juga percaya Teh merupakan calon yang berwibawa yang boleh membina kuasa rakyat dan mencapai agenda keadilan sosial,” katanya dalam sidang media di sini.

Beliau berkata Teh akan bertanding sebagai calon individu kerana menurut tradisi parti beliau perlu membuat persediaan asas di Sungai Pinang sekurang-kurangnya dua tahun sebelum dapat diterima sebagai anggota parti.

Teh yang juga hadir dalam sidang media itu berkata beliau mahu bertanding atas tiket PSM kerana mendapati hanya PSM yang benar-benar sanggup memperjuangkan keadilan sosial.

Beliau berkata sekiranya menang beliau akan menggalakkan masyarakat di Sungai Pinang menyuarakan kebimbangan mereka dan PSM akan membawa apa yang disuarakan itu kepada kerajaan negeri.

Teh secara rasmi meninggalkan DAP semalam.– Bernama



Thus Article Bekas anggota DAP wakili PSM dalam PRU14

Itulah artikel Bekas anggota DAP wakili PSM dalam PRU14 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bekas anggota DAP wakili PSM dalam PRU14 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/04/bekas-anggota-dap-wakili-psm-dalam-pru14.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bekas anggota DAP wakili PSM dalam PRU14"

Catat Ulasan

Loading...