Loading...

Dakwa taja jemaah haji muda, prof tunggu 44 tahun lagi

Loading...
Dakwa taja jemaah haji muda, prof tunggu 44 tahun lagi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dakwa taja jemaah haji muda, prof tunggu 44 tahun lagi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dakwa taja jemaah haji muda, prof tunggu 44 tahun lagi
link : Dakwa taja jemaah haji muda, prof tunggu 44 tahun lagi

Baca juga


Dakwa taja jemaah haji muda, prof tunggu 44 tahun lagi

 

Penganalisis politik Prof Ahmad Atory Hussain mempersoalkan dan mendakwa tindakan kerajaan menaja ketua kampung dan imam muda menunaikan fardu haji menerusi tajaan 1MDB.

Kata Atory, kerajaan seharusnya mengutamakan golongan lebih berusia berbanding imam muda kerana mereka sudah menunggu begitu lama untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu.

Malah katanya, namanya hanya akan terpilih melaksanakan ibadah haji ketika berusia 110 tahun.

“Saya dah minta empat kali untuk laksanakan haji, tapi kalau ikut masa saya lagi 44 tahun baru boleh dapat. Saya sekarang berusia 66 tahun. Pada adatnya tak dapat lah, kalau 100 tahun kita tak ada dahlah.

“Saya rasa 1MDB bagi ruang, kebanyakan calon muda yang dapat. Saya rasa terkilan jugalah, kalau umur (yang pergi haji) tu sebaya saya, tak apalah. Tapi sekarang ini imam dan ketua kampung mana ada yang tua-tua,” katanya kepada Malaysiakini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir tahun lalu memaklumkan tempoh menunggu bagi melaksanakan haji dilanjutkan daripada 72 tahun kepada 82 tahun berikutan peningkatan mereka yang berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH).

Semalam Malaysiakini menyiarkan ulasan penulis Subky Latif bertajuk Bertuahnya 'Haji 1MDB' dan Atory melahirkan kekesalannya di ruangan komen tulisan tersebut.

“Saya yang dah empat kali buat rayuan pun tak ada jawapan dari Tabung Haji. Umur dah lanjut dekat tujuh siri.

“Nak kata tak ada sumbangan rasanya tak lah teruk sangat, boleh bertanding mereka yang dah dapat pergi tu, alasan belum sampai seru,” tulis bekas Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

1MDB menaja seramai 5,711 ketua kampung, imam, guru tahfiz dan tok batin di seluruh negara melalui Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1MDB dengan kos lebih RM56 juta sejak 2011.




Thus Article Dakwa taja jemaah haji muda, prof tunggu 44 tahun lagi

Itulah artikel Dakwa taja jemaah haji muda, prof tunggu 44 tahun lagi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dakwa taja jemaah haji muda, prof tunggu 44 tahun lagi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/dakwa-taja-jemaah-haji-muda-prof-tunggu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dakwa taja jemaah haji muda, prof tunggu 44 tahun lagi"

Catat Ulasan

Loading...