Loading...
Tajuk : Wan Saiful Wan Jan ramal PAS akan terus relevan
link : Wan Saiful Wan Jan ramal PAS akan terus relevan
Wan Saiful Wan Jan ramal PAS akan terus relevan
ANTARAPOSSHAH ALAM: PAS akan terus relevan untuk kumpulan konservatif seperti di Amerika Syarikat, Jerman dan Turki, kata Wan Saiful Wan Jan.
Bekas ketua Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata kelompok itu terpenting malah menguasai kepemimpinan negara tersebut.
"PAS akan terus relevan di kalangan 15 hingga 20 peratus mesyarakat Muslim Malaysia yang berpegangan Islamis konservatif.
"Di Jerman, kelompok Krtistian konservatif sedang memerintah negara di bawah pimpinan Angela Merkel," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
"Di Amerika, Donald Trump adalah presiden dari parti konservatif yang dianggotai oleh ramai orang Kristian konservatif.
"Di Turki, pengikut falsafah konsevatif terus bersama parti Saadet. Maka di Malaysia, pengikut falsafah konservatif akan terus bersama PAS.
"PAS akan terus releven, insya-Allah," katanya, kini timbalan pengarah strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dalam wawancara akhbar itu.
Namun bekas ahli PAS seumur hidup itu berkata sokongan terhadap parti Islam itu menjadi nipis jika kelompok itu dipecahkan ikut kawasan parlimen.
Wan Saiful berkata ahli PAS mencecah ribuan mengikut parlimen namun mereka dianggap "terlalu sedikit" di setiap kerusi dan tidak cukup untuk menang.
"Maka mereka akan menjadi parti yang ada ahli tetapi bilangan ahli parlimen mereka terlalu sedikit," katanya lagi.
Thus Article Wan Saiful Wan Jan ramal PAS akan terus relevan
Itulah artikel Wan Saiful Wan Jan ramal PAS akan terus relevan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Wan Saiful Wan Jan ramal PAS akan terus relevan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/wan-saiful-wan-jan-ramal-pas-akan-terus.html
0 Response to "Wan Saiful Wan Jan ramal PAS akan terus relevan"
Catat Ulasan